Sumber Gambar: Sukan Sinar

Peluang bekas pemain Kuantan FA untuk mendapat gaji mereka yang sudah tertunggak selama empat bulan nampaknya tipis apabila pihak Kuantan FA menjelaskan mereka tiada satu sen pun untuk melunasi hutang mereka. Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan.

Menurut Datuk Wan Solihin, keputusan yang dibuat FAM yang mengarahkan mereka untuk membayar sejumlah RM762,000 kepada bekas pemain mereka sangatlah tidak logik.

Tambah Datuk Wan Solihin lagi, mereka tidak dapat menjana duit daripada penajaan kerana mereka sudahpun digantung daripada saingan Liga Malaysia. Sebelum ini, mereka sudah hampir pasti untuk menandatangani penajaan dengan penaja baru. Akan tetapi, Malaysia Football League (MFL) telahpun menggantung mereka.

Datuk Wan Solihin juga menegaskan bahawa jika pihak MFL dan FAM mahu membawa perkara ini ke mahkamah, beliau juga siap sedia untuk berdepan dengah mereka di mahkamah.

Perkara ini nyata merugikan pemain dan juga pegawai pasukan yang belum mendapat gaji mereka. Walau apa pun jenis hukuman dan juga tindakan yang dikenakan terhadap Kuantan FA, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kerena mereka tidak mempunyai wang sama sekali.

Akan tetapi, penulis berpendapat masih ada jalan penyelesaian yang boleh diambil antara pihak Kuantan FA dan juga MFL dan FAM. Ketiga-tiga pihak ini harus duduk semeja berbincang bagi membela nasib para bekas pemain dan juga pegawai pasukan.

Penulis juga berharap perkara ini dijadikan pengajaran oleh semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Bukan hanya pasukan, tetapi pihak FAM dan MFL juga.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan Kuantan FA yang mengatakan mereka tidak mampu untuk melunasi tunggakan gaji bekas pemain dan juga pegawai pasukan?

Langkah apa yang boleh diambil oleh Kuantan FA bagi memastikan para pemain dan pegawai pasukan mendapatkan hak mereka?

Baca Juga: Ada Duit Atau Tiada, Wajib Bayar!

Leave a Reply