Sumber Gambar: Pahang FA

Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2018 yang dibuka pada awal bulan ini digunakan dengan sebaiknya oleh para pasukan dalam saingan Liga Malaysa untuk membeli pemain import baru bagi memperkukuhkan pasukan. Sudah pasti jika mahu mengambil pemain import baru, pemain tersebut akan menjalani ujian atau percubaan terlebih dahulu.

Di sini kami mempunyai persoalan mengenai tempoh ujian yang harus dijalani seseorang pemain import itu jika mahu bermain dalam Liga Malaysia. Masih relevankah kaedah percubaan ini digunakan dalam saingan Liga Malaysia ?

Menurut seorang ejen bola sepak yang sudah lama bertapak dalam saingan Liga Malaysia, tempoh percubaan ini adalah satu perkara biasa jika sesebuah pasukan mahu mengambil khidmat pemain import.

Namun, menurut beliau, lazimnya pemain-pemain import yang mempunyai kualiti yang baik serta mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak profesional tidak gemar dengan kaedah percubaan ini. Bagi mereka, percubaan ini hanyalah untuk raw material seperti pemain muda dan bukannya untuk ready product seperti mereka.

Sebab itulah kita selalu melihat pemain import yang hadir ke Liga Malaysia kualitinya hanya suam-suam kuku dan setaraf pemain tempatan. Bukannya tiada pemain import yang menyinar. Ada juga yang berjaya menjadi bintang. Namun kebanyakkannya tidak menepati standard yang dikehendaki.

Di sini, kami bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh ejen ini. Dalam dunia bola sepak moden, tempoh percubaan untuk mengambl khidat seseorang pemain haruslah dipertimbangkan semula. Sistem scouting boleh digunakan untuk mengenal pasti pemain import yang sesuai dengan corak permainan pasukan.

Selain itu, jurulatih harus mempunyai standard dan juga tahap yang dimahukan sekiranya mereka mahukan khidmat pemain import.

Terutama sekali dalam saingan Liga Malaysia. Jurulatih tidak perlu mengikut telunjuk pihak pengurusan apabila berkaitan dengan pengambilan pemain import. Jurulatih harus mencari pemain yang sesuai dengan corak permainan yang mereka gunakan.

Apa pendapat anda mengenai kaedah ujian atau percubaan yang diguna pakai oleh pasukan dalam saingan Liga Malaysia jika mereka mahu mengambil khidmat pemain import ? Adakah kaedah ini harus dimansuhkan ?

Baca Juga: Apa Tujuan Sebenar Pengambilan Pemain Import

Leave a Reply