Sumber Gambar: JPS Pulau Pinang

Pulau Pinang mendapat Ketua Menteri baru selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu. Yang Berhormat Chow Kon Yeow telah sah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru apabila mengangkat sumpah pada 14 Mei di hadapan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Apa yang penulis boleh harapkan dari YB Chow ialah beliau boleh membantu untuk menyelesaikan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) ketika ini. FAP kini mengalami krisis kewangan yang sangat memprihatinkan.

Sebelum ini, kumpulan penyokong pasukan Pulau Pinang, Penang Brotherhood telah melancarkan kutipan derma bai membantu kantung pasukan. Menurut mereka, walaupun kutipan yang didapat tidak seberapa, sekurang-kurangnya boleh meringankan sedikit beban pasukan.

Selain daripada berdepan dengan krisis kewangan, pasukan Pulau Pinang ketika ini sedang bergelut dengan prestasi dalam saingan Liga Perdana. Pulau Pinang ketika ini menduduki tangga kelapan. Mereka berada hampir dengan zon penyingkiran apabila hanya berkelebihan 3 mata di atas JDT II.

Mungkin YB Chow boleh membantu FAP dari segi mencari tajaan bagi memastikan mereka kekal bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Setakat ini, beberapa pemain sudah meninggalkan pasukan seperti pemain import, Ken Ilso Larsen dan pemain tempatan, Azinie Taib.

Amat disayangkan apabila penulis melihat pasukan sepertii Pulau Pinang berada di kelompok bawahan Liga Perdana. Sesuatu harus dilakukan bagi memastikan Pulau Pinang tidak menerima nasib yang sama seperti pasukan Perlis.

Perlis menjadi satu-satunya pasukan negeri yang bermain dalam saingan Piala FAM. Singa Utara ini juga sedang menghadapi krisis kewangan yang kronik apabila mereka diarahkan untuk membayar tunggakan gaji kepada pemain mereka. Sudahlah Menteri Besar tiada. Pasukan mengalami krisis kewangan pula.

Peminat pasukan Pulau Pinang juga mengharapkan Ketua Menteri yang baru ini dapat membantu untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Tiada apa yang dimahukan melainkan melihat pasukan kembali memberikan saingan sekaligus kembali ke saingan tertinggi bola sepak Malaysia.

Baca Juga: Apa Sudah Jadi Dengan Pasukan Pulau Pinang

Leave a Reply