Sumber Gambar: FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ke Wisma FAM, Kelana Jaya semalam bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berhubung bola sepak Malaysia. Adakah FAM akan bekerjasama dengan Air Asia ?

Menurut Tan Sri Tony, beliau menerusi syarikatnya, AirAsia berminat untuk mengadakan kerjasama rapat dengan FAM pada masa akan datang terutama dari aspek kepengadilan, pasukan-pasukan kebangsaan serta program-program pembangunan belia.

Menurut FAM pula, mereka mengalu-alukan pihak seperti Air Asia ini untuk mengadakan kerjasama dengan badan induk bola sepak negara itu dalam usaha untuk menaikkan semula sukan bola sepak Malaysia.

Penulis melihat kerjasama diantara pemilik Petaling Jaya Rangers dan pemilik majoriti saham dalam pasukan Queen Park Rangers ini adalah satu kerjasama yang sangat baik buat FAM. Sebelum ini, FAM menghantar jurulatih bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee dan pembantunya, Brad Maloney untuk menjalani kursus kejurulatihan di QPR.

Kursus kejurulatihan ini boleh diteruskan di masa hadapan. FAM boleh menghantar jurulatih-jurulatih muda dalam negara untuk menjalani kursus di QPR bagi meningkatkan lagi ilmu dan juga kebolehan jurulatih tersebut.

Selain itu, FAM juga boleh menghantar pengadil di bawah seliaan mereka untuk menjalani kursus bagi memperkasakan lagi ilmu kepengadilan mereka. Kita sedia maklum isu pengadil ini selalu mewarnai Liga Malaysia.

Akhir sekali, FAM boleh menghantar pemain muda negara untuk menyertai kem latihan bersama Queen Park Rangers pada masa akan datang. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa pemain skuad kebangsaan menyertai kem latihan bersama kelab yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan iaitu Cardiff City.

Walau apa pun, penulis menyambut baik kerjasama diantara kedua-dua pihak ini. Diharapkan kerjasama ini bakal memberi nafas baru kepada bola sepak Malaysia pada masa hadapan.

Apa pendapat anda tentang syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang mahu bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ? Adakah kerjasama ini bakal membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia ?

Baca Juga: Tony Fernandes Berminat Jadi Presiden FAM ?

Leave a Reply