Sumber Gambar: Berita Harian

Pasukan bawah 19 tahun negara bimbingan Bojan Hodak akan menuju ke Thailand bagi menghadap tiga perlawanan persahabatan menentang skuad B-19 Thailand, Assumption United dan Chonburi FC. Kami berpendapat perlawanan persahabatan ini adalah satu medan yang baik untuk pasukan bawah 19 tahun negara memperkemaskan pasukan menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Indonesia Julai ini.

Skuad bawah 19 tahun sudahpun berada di Bangkok dan akan menentang pasukan Thailand bawah 19 tahun hari ini. Pasukan Thailand diletakkan di kumpulan A pada temasya Kejuaraan B-19 AFF nanti disamping pasukan tuan rumah.

Setelah menghadapi Thailand bawah 19 tahun, anak-anak buah Bojan Hodak akan menentang Assumption United pada Sabtu dan diikuti dengan perlawanan menentang Chonburi FC pada Isnin.

Apa yang penting ialah para pemain perlu memberikan sepenuh perhatian mereka terhadap ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini bagi membentuk satu gandingan serta keserasian diantara mereka. Perlawanan persahabatan ini juga peluang bagi mereka untuk memperkemaskan lagi corak permainan mereka.

Ketua jurulatih pasukan bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak juga mahukan para pemain untuk mendapat pendedahan yang secukupnya. Beliau menginginkan para pemain untuk menunjukkan aksi cemerlang mereka dalam ketiga-tiga perlawanan ini.

Penting untuk pasukan bawah 19 tahun negara untuk memperbaiki segala kelemahan dalam pasukan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik menuju temasya AFF Bawah 19 tahun di Indonesia pada Julai ini.

Malaysia bawah 19 tahun di letakkan di kumpulan B dalam temasya AFF bawah 19 tahun disamping pasukan Myanmar, Timor Leste, Kemboja dan Brunei Darussalam.

Pasukan negara akan memulakan temasya dengan menentang Kemboja pada 3 Julai ini. Diikuti dengan perlawanan menentang Brunei pada 5 Julai, menentang Timor Leste pada 7 Julai dan menentang pasukan pilihan dalam kumpulan B iaitu Myanmar pada 9 Julai.

Peluang pasukan bawah 19 tahun negara dilihat seimbang untuk mara ke peringkat seterusnya. Pasukan Myanmar dilihat pasukan yang bakal memberikan cabaran kepada pasukan muda negara.

Apa pendapat anda mengenai tiga perlawanan persahabatan yang akan dijalani oleh pasukan bawah 19 tahun negara yang bermula hari ini ? Mampukah mereka mengutip keputusan positif ?

Baca Juga: Zafuan Azeman Bakal Terajui Barisan Serangan ?

Leave a Reply