Sumber Gambar: Sinar Harian

Nasib malang terus menimpa Pulau Pinang apabila penyerang import yang baru-baru ini meninggalkan mereka, Ken Ilso Larsen mahu membawa permasalahan gaji beiau yang sudah tiga bulan tidak dibayar ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ken Ilso menyatakan gaji beliau yang sudah tiga bulan tidak dibayar membuatkan beliau memutuskan untuk meninggalkan pasukan. Beliau juga sudah memberikan dua surat peringatan terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengenai perkara tersebut.

Akan tetapi, sikap FAP yang tidak mengendahkan permintaan bekas penyerang Kedah ini membuatkan beliau tekad untuk meninggalkan pasukan.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan ini sememangnya mempunyai musim yang tidak baik dalam saingan Liga Perdana musim ini. Masalah kewangan serta prestasi yang tidak menentu membuatkan mereka kini menduduki tangga ke-10 sekaligus zon penyingkiran.

Satu prestasi yang mengejutan kerana Pulau Pinang mempunyai barisan pemain yang berpengalaman seperti Ugo Ukah, Jasazrin Jamaluddin dan Raimi Mohd Nor dalam pasukan mereka.

Peminat setia Pulau Pinang cuba membantu bagi menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh pasukan. Mereka melancarkan tabung derma setiap kali perlawanan bagi mengurangkan sedikit beban yang perlu ditaggung oleh pasukan.

Selain itu, peminat juga berharap ketua menteri yang baru dilantik, Yang Berhormat Chow Kon Yeow dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung pasukan. Mereka mahukan YB Chow untuk membantu Pulau Pinang dari segi kewangan bagi memastikan pasukan terus bertanding dalam saingan Liga Malaysia.

Walau apa pun, diharapkan FAP dapat menyelesaikan tunggakan gaji Ken Ilso Larsen secepat mungkin sebelum FIFA mula campur tangan dalam hal ini. Jika perkara ini berlaku, tidak mustahil Pulau Pinang bakal berdepan hukuman berat.

Apa pendapat anda mengenai krisis yang melanda pasukan Pulau Pinang ketika ini ? Adakah nasib malang yang melanda pasukan Pulau Pinang akan berakhir ? Dan mampukah mereka keluar dari zon penyingkiran sekaligus kekal bersaing dalam saingan Liga Perdana musim hadapan ?

Baca Juga: Diharapkan Ketua Menteri Yang Baru Dilantik Dapat Membantu

Leave a Reply