Sumber Gambar: Instagram Giovanni Zitro

Bagi mereka yang berpuasa, mungkin artikel Model Telanjang ini tidak sesuai untuk anda di bulan Ramadhan ini.

Semua mata akan berada di Rusia dari 14 Jun kerana negara itu akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia buat julung kalinya. Pasukan yang menyertai telah membuat persediaan ketika mereka menetapkan sasaran pada kemenangan pada perlawanan akhir pada 15 Julai.

Peminat juga membungkus beg mereka kerana mereka bersedia untuk selama sebulan dari permainan yang indah itu. Bagi yang kurang mampu, (seperti kebiasaan kita) akan berpusu ke kedai-kedai mamak yang berhampiran dengan anda.

Tetapi seseorang insan mempunyai persediaan yang sangat berbeza daripada marhaen-marhaen sekalian. Artis Kolombia, Giovanni Zitro telah melukis 32 versi kitnya sendiri ke atas badan model-model wanita. Gambar-gambar hasil projek ini semua telah dimuat naik oleh beliau ke dalam akaun Instagramnya.

Setiap jersi negara yang akan beraksi di dalam kejohanan ini nanti telah dicatkan. Ini termasuk England di atas satu model yang mempaparkan warna-warna St George dicatkan keatas tubuh model. Reka bentuk lain tetap sesuai dengan warna negara mereka sambil model memperagakan jersi kit versi Zitro yang dicatkan  keatas badan mereka dihadapan kamera.  Walaupun badan mereka dicat dengan jersi kit itu namun mereka masih telanjang memperagakan hasil tangan Zitro itu.

Zitro adalah pelukis badan, jurugambar dan guru yang bekerja dengan model tempatan. Beliau berpangkalan di Bogota, ibukota Kolombia, dan negaranya akan memulakan perlawanan mereka di dalam kejohananan nanti melawan Jepun pada 19 Jun.

Penulis berharap selepas ini takkan ada pula insiden model telanjang berlari di tengah padang semasa kancah Piala Dunia nanti.  Kalau ada diharap pihak media televisyen dapat menoleh kamera ke tempat lain buat seketika.  Tetapi kalau terlepas jugak model telanjang di kaca TV apa nak dibuat? Biar aje lah.

Baca artikel ini dengan penuh di sini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami mengenai Will Smith yang mendendangkan lagu rasmi Piala Dunia di sini.

Sumber:

https://www.dailystar.co.uk/news/latest-news/706034/world-cup-russia-2018-naked-models-body-paint-england

Leave a Reply