Sumber Gambar: Pahang FA

Pasukan Pahang bakal turun tanpa kelibat Patrick Cruz dalam kesebelasan utama pasukan setelah penyerang tersebut mengalami kecederaan pangkal peha yang memaksa beliau terpaksa berehat selama sebulan.

Patrick mengalami kecederaan tersebut ketika Pahang menewaskan pasukan Kuala Lumpur minggu lalu. Ketiadaan Patrick sedikit-sebanyak boleh menjejaskan barisan serangan Pahang yang sebelum ini mempamerkan persembahan yang cemerlang.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Patrick, Dollah Salleh akan menggandingkan Austin Amutu dengan penyerang tempatan pasukan sama ada Norshahrul Idlan Talaha atau R.Kogileswaran.

Kami berpendapat Dollah akan menggandingkan Amutu dengan Kogi di barisan serangan memandangkan Kogi telah membuktikan bahawa beliau boleh menggalas tugas dengan baik jika diturunkan.

Bagi pasukan PKNP FC pula, mereka mahu mencari tiga mata penuh malam ini bagi mendekatkan jarak dengan pasukan PKNS FC yang berada di tangga keenam. Setelah tewas 4-3 kepada abang mereka iaitu pasukan Perak pada minggu lalu, sudah pasti PKNP mahu kembali mengutip mata.

Akan tetapi, mereka bakal berhadapan dengan cabaran yang sengit daripada pasukan Pahang. Meskipun akan turun tanpa kelibat Patrick Cruz dalam kesebelasan utama pasukan, namun Pahang masih lagi pasukan yang berbahaya.

Walau apa pun, penting untuk Pahang mengutip tiga mata penuh mala ini bagi mencabar dua pasukan di atas mereka iaitu pasukan Perak dan Johor Darul Ta’zim. Pahang tidak boleh keciciran mata jika mahu kekal dalam persaingan merebut mahkota Liga Super musim ini.

Sama juga halnya dengan PKNP FC. Mereka harus mengutip tiga mata penuh jika tidak mahu ketinggalan jauh di belakang pasukan PKNS FC.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Pahang menentang PKNP FC malam ini? Pasukan mana yang akan mengutip kemenangan malam ini?

Baca Juga: Ex Import Liga M Hampir Ke Piala Dunia?

Leave a Reply