Sumber Gambar: Times Now

Hanya tiga bulan lalu, penyerang Brazil Neymar berada di meja operasi dan dalam bahaya kehilangan tempat di skuad Piala Dunia  Brazil di Rusia.  Kerisauan itu sedikit sebanyak mula hilang hari Ahad lepas ketika Neymar kembali beraksi dengan gelecekan yang pintar, hantaran-hantaran yang cantik, dan akhirnya Neymar kembali menggegar gawang dengan gol individu yang cukup baik.

Bermain untuk pertama kalinya sejak Februari, Neymar menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan persahabatan Brazil 2-0 ke atas Croatia di Liverpool selepas menyaksikan babak kedua. Dia kemudian berlari untuk memeluk doktor penyiaran bola sepak Brazil, Rodrigo Lasmar di luar di Anfield.

Setelah tamat perlawanan NEymar berkata betapa gembiranya beliau apabila melihat bola yang ditendang itu menggegar gawang gol pihak lawan. Sesudah itu beliau terus mimikirkan pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Dr. Lasmar, keluarga dan rakan-rakan yang membolehkan beliau boleh bermain dan mula menggegar gawang kembali.  Selama 3 bulan menanggung derita akibat kecederaan akhirnya nikmat kegembiraan mula kembali kepadanya apabila dapat bermain kembali setelah berusaha mengembalikan kesihatan sekian lama.  Saat-saat melihat bola itu kembali menggegar gawang tadak dapat digambarkan oleh Neymar.

Neymar banyak menerima asakan-asakan yang padu dan keras dalam perlawanan itu.  Namun pada minit ke-68 setelah menerima hantaran dari pemain tengah Philippe Coutinho, beliau kemudiannya mengalahkan pemain pertahanan Croatia, Sime Vrsaljko dan Duje Caleta-Car. Setelah itu, dia berjaya menggegarkan gawang Croatia dengan tendangan kaki kanannya dari sekitar lima meter dari gawang gol.

Kaki kanan itulah yang dicederakan semasa bermain untuk Paris Saint Germain pada bulan February dahulu lalu dibedah pada bulan Mac di Brazil.  Sebelum perlawanan Neymar tidak turun dalam sesi memanaskan badan bersama pemain-pemain Brazil yang lain dan ini telah merisaukan peminat-peminat Brazil.  Namun setelah beliau diturunkan pada babak kedua kerisauan itu terus hilang.  Neymar telah menggantikan pemain tengah Fernandinho pada babak kedua dengan skor 0-0. Dia dengan cepat menggegar gawang gol Croatia dan meningkatkan harapan penyokong Brazil untuk Piala Dunia, yang bermula pada 14 Jun.  Sebelum perlawanan Neymar menyatakan beliau hanya berada di tahap 80% kecergasan untuk bertemu Croatia.

Pemain Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-90. Selepas Casemiro melambungkan bola ke kotak penalti, Firmino mengawal dengan dadanya dan merembatkan bola ke arah penjaga gawang Croatia, dan berjaya menggegarkan gawang Croatia sekali lagi. Firmino masuk menggantikan Kapten Brazil Gabriel Jesus pada minit ke-60.  Ketika Firmino disanjung dan diberi tepukan gemuruh oleh para peminat Liverpool, rakannya Coutinho diberikan layanan yang buruk oleh peminat yang sama setelah situasi beliau meninggalkan kelab itu ke Barcelona.

Brazil bermain agak hambar sebelum Neymar masuk ke padang.  Setelah Neymar menggantikan Fernandinho, Coutinho mula diberikan tugas yang lebih besar untuk mengemudi bahagian tengah Brazil. Pertukaran ini nampaknya berbuah hasil apabila hantaran Coutinho disempurankan Neymar dengan menggegar gawang Croatia melalui gol pada minit ke-68.

Juara Piala Dunia sebanyak 5 kali ini akan bermain dalam perlawanan persahabatan Pra-Piala Dunia mereka menentang Austria pada 10 June.  Perlawanan pertama Brazil di Piala Dunia 2018 adalah pada June 17 menentang Switzerland.  Baca tentang 4 bintang swiss yang mampu menyinar di Piala Dunia 2018.

Apa pendapat anda mengenai Brazil? Adakah mereka mampu menjulang Piala Dunia buat kali ke-6 di Rusia atau adakah mereka akan tersungkur seperti mana pada Piala Dunia yang sebelumnya di Brazil? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda.

Anda mungkin berminat untuk baca apa kata ESPN mengenai permainan Neymar dalam perlawanan menetang Croatia DI SINI

 

 

Leave a Reply