Sumber Gambar: Sporting KC

Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam kancah Major League Soccer (MLS) ketika Sporting Kansas City menentang pasukan Minnesota United. Sporting Kansas City berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-1.

Wan Kuzain pada mulanya diletakkan di bangku simpanan. Akan tetapi, ketika pemain tengah, Yohan Croizet mengalami kecederaan pada separuh masa pertama, Wan Kuzain dimasukkan bagi menggantikan Croizet dan beliau memperoleh penampilan kedua bersama Sporting Kansas dalam saingan MLS.

Sporting Kansas berjaya membuka tirai jaringan menerusi rembatan deras penyerang mereka iaitu Daniel Salloi pada minit ke-9. Pada minit ke-35, Wan Kuzain berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam kancah MLS apabila beliau merembat masuk bola hasil daripada hantaran Graham Zusi dari sebelah kanan.

Berselang tiga minit selepas gol Wan Kuzain, Cristian Lobato menjaringkan gol ketiga Sporting Kansas setelah beliau berjaya memanfaatkan umpanan daripada Graham Zusi. Diego Rubio kemudiannya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81.

Satu pencapaian yang sangat baik untuk pemain berusia 19 tahun ini. Beliau juga menjadi antara pemain yang menjadi kegemaran peminat Sporting KC. Rata-rata daripada mereka berasa gembira dan melabel Wan Kuzain sebagai pemain tengah yang mempunyai potensi besar.

Apa pendapat anda mengenai kejayaan Wan Kuzain yang menjaringkan gol pertama beliau dalam kancah Major League Soccer (MLS) buat pasukan Sporting Kansas City ? Mampukah beliau mengekalkan rentak cemerlang ini pada perlawanan akan datang ?

Baca Juga: Wan Kuzain Buat Penampilan Pertama Bersama Sporting Kansas City

Leave a Reply