Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Pemain tengah Felda United, Curran Ferns mengesahkan bahawa beliau akan menyertai kelab Liga Thailand, Sukhothai FC. Pemain berdarah Malaysia-Australia ini akan menjadi pemain Malaysia kedua selepas Kiko Insa yang akan bermain di saingan Liga Thailand musim ini.

Menurut Ferns, keinginan beliau untuk mempertingkatkan lagi mutu dan juga corak permainan menjadi dorongan untuk belau berkelana ke Thailand. Meskipun tidak menerima gaji yang tinggi sepertimana yang beliau terima ketika bersama Felda, namun perkara tersebut tidak menjadi masalah buatnya.

Satu lagi sebab utama mengapa beliau mahu ke Thailand ialah Ferns mahu menyarung jersi pasukan kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini. Kami berpendapat Ferns mengambil keputusan yang sangat baik dan juga bijak untuk melanjutkan karier beliau di Thailand.

Mentaliti yang dimiliki oleh Ferns seharusnya menjadi ikutan pemain lain terutamanya pemain muda negara. Pemain muda negara harus mencari peluang untuk bermain di luar negara meskipun mendapat tawaran yang sedikit berbanding tawaran ketika mereka beraksi bersama pasukan kelab atau negeri dalam saingan Liga Malaysia.

Kali pertama pemain tengah berusia 24 tahun ini datang ke Malaysia ialah pada 2016 dimana Johor Darul Ta’zim menandatangani beliau daripada Brisbane City. Ferns kemudiannya beraksi bersama Negeri Sembilan dan kemudiannya Felda United bermula musim 2017.

Bersama Felda, Ferns telah menjadi pemain tengah yang lebih matang dan lebih baik berbanding sebelumnya. Malah, ketua jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, Nelo Vingada mahu memberikan beliau penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan namun tidak menjadi kenyataan.

Sukhothai FC ketika ini berada di tangga ke-9 dalam saingan Liga Thailand. Diharapkan Curran Ferns dapat meningkatkan lagi tahap dan juga corak permainan beliau ketika bermain bersama Sukhothai. Jika beliau berjaya berbuat demikian, tidak mustahil Tan Cheng Hoe akan memberikan peluang untuk Ferns tampil bersama pasukan kebangsaan.

Apa pendapat anda mengenai keputusan Curran Ferns yang mahu berkelana ke Liga Thailand ? Adakah pemain muda negara kita akan mengikuti jejak langkah beliau ?

Baca Juga: Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?

Leave a Reply