Sumber Gambar: FIFA

Siapa yang tak nak menjulang ketiga-tiga piala bersejarah ini! Tentunya pemain yang dapat menjulang ketiga-tiga piala ini amat beruntung sekali. Majoriti para pemain bermimpi untuk menjulang piala tersebut. Namun, ada pemain yang mimpi nya telah menjadi nyata. Kita akan lihat pemain siapa yang bertuah tersebut. Sebelum itu berikut serba sedikit info mengenai ketiga-tiga piala ini.

Seperti diketahui, trofi Champions League  merupakan kejohanan antara kelab teratas dan yang boleh dikatakan yang  paling elite, tidak hanya di Benua Eropah melainkan juga di konfederasi lain di bawah FIFA, seperti AFC.

Trofi Ballon d’Or pula merupakan penghargaan setiap tahun yang diberikan kepada pemain terbaik dalam satu musim yang dipersembahkan oleh France Football sejak pada tahun 1956.

Sementara itu, trofi Piala Dunia menjadi trofi puncak tertinggi seorang pemain bersama negara yang tanah tumpah darahnya. Tak ada lagi kejohanan bolasepak di muka bumi ini yang dapat  melawan kenikmatan seorang pemain apabila menjulang trofi Piala Dunia.

Setakat ini hanya ada lapan pemain yang mampu mengecapi prestasi luar biasa ini  dengan memenangi menjulang trofi Liga Champions, Ballon d’Or, dan Piala Dunia. Bahkan dua pemain terhebat masa kini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tidak ada dalam senarai, sebab ketika ini mereka belum melengkapi koleksinya dengan menjulang trofi Piala Dunia.

Siapa saja lapan pemain yang pernah meraih ketiga-tiga trofi ini? Jom kita lihat!

1. Rivaldo

Sumber Gambar: varzesh11.com

Pemain yang berasal dari Brazil ini memenangi Ballon d’Or pada tahun 1999, Trofi Champions League musim 2002-2003 bersama AC Milan, dan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan-Jepun, tentu saja beliau bersama pasukan Brazil dan kini sentiasa menjadi salah satu lagenda bolasepak Brazil.

2. Zinedine Zidane


Sumber Gambar: getty images

Bekas pelatih Real Madrid ini juga mempunyai prestasi mengagumkan semasa beliau dulu aktif bermain. Zidane mengkoleksikan Ballon d’Or pada tahun 1998, Trofi Champions League pada musim 2001-2002 bersama Los Blancos, danTrofi Piala Dunia pada tahun 1998 yang bertempat di negaranya sendiri, Perancis.

Zidane bahkan menambah lagi tiga koleksi sebanyak tiga kali berturut-turut trofi Champions League setelah menjadi jurulatih Real Madrid pada edisi musim 2015-2016, 2016-2017, dan terbaru, musim 2017-2018. Hebat!

3. Franz Beckenbauer


Sumber Gambar: bubble football

Bekas pemain pasukan kebangsaan  Jerman ini mengkoleksi dua kali trofi Ballon d’Or, pada tahun 1972 dan 1976, tiga kali merasakan juara European Cup, dan menjualang trofi Piala Dunia pada tahun 1974 yang berlangsung di Jerman Barat ketika itu

4. Paolo Rossi


Sumber Gambar: FIFA

Pemain berdarah Itali ini menjadi pemain terbaik dengan merebut trofi Ballon d’Or pada tahun 1982. Ia juga meraih trofi European Cup pada edisi 1984-1985 bersama Juventus, dan merangkul trofi di Piala Dunia pada tahun 1982 yang berlangsung di Sepanyol.

5. Kaka


Sumber Gambar: eBay

Pemain yang telah  menggantungkan kasutnya  pada Desember 2017 yang lalu itu masuk dalam senarai setelah mengkoleksi trofi Ballon d’Or pada tahun2007, trofi Champions League musim 2006-2007 bersama AC Milan, serta trofi Piala Dunia edisi 2002 bersama pasukan Brazil. Kaka merupakan pemain terakhir yang meraih Ballon d’Or sebelum Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang sering silih berganti kebelakangan tahun ini.

6. Sir Bobby Charlton


Sumber Gambar: AS English – Diario AS

Pemain England ini disebut sebagai pemain terbesar dalam sejarah bolasepak England dengan pencapaian Ballon d’Or pada tahun 1966, European Cup edisi 1967-1968, dan Piala Dunia pada tahun 1966.

7. Ronaldinho


Sumber Gambar: Sportskeeda.com

Ronaldinho mencatatkan namanya sebagai satu di antara pemain hebat di pentas bolasepak dunia dengan koleksi Ballon D’or pada tahun 2005, trofi Champions League edisi 2005-2006 bersama Barcelona, dan Piala Dunia pada tahun 2002. Pemain yang beridentitikan rambutnya yang kucar kacir itu menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil yang disertai oleh  Kaka dan Rivaldo seperti senarai di atas.

8. Gerd Muller


Sumber Gambar: FOOTY FAIR

Bekas penyerang pasukan Jerman ini dikenang sebagai kekuatan yang agak mematikan pada era 1970-an. Muller berhasil memenangi trofi Ballon d’Or pada tahun 1970, tiga kali menjulang European Cup, dan Piala Dunia pada tahun 1974 bersama pasukan Jerman Barat, yang juga disertai oleh Franz Beckenbauer.

Sumber rujukan: Sport Bible, Liputan 6

Baca Juga :8 Fakta Menarik Mengenai Pemain Piala Dunia 2018

Leave a Reply