Sumber Gambar: YouTube

Piala Dunia akan berlangsung tak lama lagi dan seluruh dunia akan tertumpu ke Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Sesungguhnya bukan hanya kelibat pemain-pemain yang menjadi tumpuan ketika Piala Dunia, tetapi sejak kebelakangan ini Isteri-isteri dan teman wanita pemain-pemain terbaik dunia juga menjadi tarikan.  Penulis ingin membawa anda berehat dari bola sepak sejenak dan menikmati kecantikan dan keayuan 5 wanita yang paling “HOT” yang mungkin akan menemani beberapa pemain bola sepak yang terkenal ketika Piala Dunia Rusia.

“Pernikahan yang bahagia selalu menikmati kesenangan-kesenangan persahabatan. Semua keindahan dan kemanisan bercampur dalam bahagianya hidup.”Joseph Addison

Persahabatan membuat kehidupan menjadi indah. Senyum, tawa, tangis, sedih akan dirasakan bersama-sama dengan sahabat. Sahabat yang baik, akan selalu merasa nyaman di dekat sahabatnya. Begitu juga dalam kehidupan pernikahan. Apabila kamu ingin memiliki kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga, milikilah persahabatan yang kuat diantara suami dan istri. Seperti mana yang mungkin dimiliki oleh wanita-wanita “HOT” berikut bersama teman mereka yang terkenal.

1 ) Antonella Rocuzzo

wanita

Sumber Gambar: Bolazola

Antonella Rocuzzo adalah isteri kepada Lionel Messi, pemain Lagenda FC “Barcelona”. Mereka berkahwin pada 30 Jun, 2017 selepas 9 tahun berhubungan. Wanita ini merupakan ibu kepada dua orang anak Messi.

Semasa Messi menjadi pemain muda di Newell’s Old Boys, Messi selalu melepak di rumah temannya dengan harapan dapat ketembung dengan saudara sepupunya yang cantik bernama Antonella.  Selepas bertahun-tahun kemudian wanita itu kemudiannya menjadi pasangan hidup Messi.

2 ) Shakira

wanita

Sumber Gambar: miami.com

Siapa yang tidak kenal Shakira? Artis wanita Colombia yang terkenal di seluruh dunia kerana muzik yang unik dan pergerakan pinggulnya yang menggoda iman seseorang lelaki. Wanita “HOT” ini telah menambat hati pemain Sepanyol dan Barcelona Gerard Pique.   Mereka bertemu semasa Piala Dunia Afrika Selatan dan mereka telah bersama sejak itu. Kini pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak. Pasangan ini juga adalah sahabat baik kepada pasangan Lionel Messi dan Antonella Rocuzzo.

3 ) Georgina Rodriguez

wanita

Sumber Gambar: 101 Great Goals

Georgina Rodriguez adalah seorang model Sepanyol yang berusia 22 tahun dengan gaya sukan yang sangat unik. Cristiano Ronaldo yang bermain untuk Portugal dan Real Madrid, dan wanita menggoda ini mempunyai seorang anak perempuan bersama dan wanita inilah yang menjaga ketiga-tiga anak CR7 yang terdahulu. Ronaldo jatuh cinta dengannya ketika dia seorang gadis jualan di butik eksklusif.

4 ) Edurne

Wanita

Sumber Gambar: Daily Mail

Edurne adalah teman wanita kepada salah satu penjaga gol terbaik dunia David De Gea. Kedua-dua mereka berasal dari Sepanyol. Edurne merupakan hos dan penyanyi yang sangat berjaya. Pasangan ini telah bersama selama bertahun-tahun tetapi mereka lebih gemar untuk tidak menonjolkan hubungan mereka.

5 ) Pilar Rubio

wanita

Sumber Gambar: pinterest.com

Hubungan ini menyaksikan satu penyatuan di antara kewartawanan dan sukan. Pilar Rubio adalah penyampai berita Sepanyol yang berkahwin dengan Sergio Ramos, kapten pasukan bola sepak Sepanyol. Mereka telah bersama selama beberapa tahun sekarang dan mereka dikurniakan anak ketiga mereka baru-baru ini.

SILA BACA JUGA: Model Telanjang?

Anda Mungkin Berminat: Kisah Cinta Messi Dan Antonella…

 

Leave a Reply