Sumber Gambar: Kedah FA

Pasukan Kedah akan menghadapi pasukan Kelantan di Stadium Darul Aman malam ini dalam saingan Liga Super 2018. Setelah tewas mengejut dengan keputusan 2-1 pada Selasa, mampukah Kedah menamatkan kemarau kemenangan dan kembali mengutip tiga mata penuh malam ini ?

Kali terakhir pasukan bimbingan Nidzam Adha mengecapi kemenangan ialah ketika mereka menewaskan pasukan Selangor di Cheras dengan keputusan 2-1 bulan lalu. Setelah kemenangan tersebut, Kedah tewas kepada Melaka United dan Kelantan.

Dua kekalahan berturut-turut ini nyata mengundang kritikan daripada peminat setia pasukan. Ada yang menyalahkan barisan pemain di atas prestasi buruk pasukan. Ada juga peminat yang menyalahkan Nidzam Adha dan mahukan pengurusan pasukan untuk merehatkan beliau.

Kami berpendapat Kedah masih lagi menyesuaikan diri dengan corak permainan baru sejak Paulo Rangel menjadi penyerang utama. Sebelum ini, Kedah selesa dengan menggunakan false nine dalam kesebelasan utama pasukan.

Akan tetapi, dengan ketibaan Pure Number 9 seperti Rangel, maka Nidzam perlu merubah taktikal beliau bagi memastikan Rangel boleh menyesuaikan diri.

Bagi pasukan Kelantan pula, mereka mahu meneruskan rentak kemenangan setelah mengejutkan pasukan yang sama pada Selasa lalu. Kami berpendapat Yusri Che Lah bakal mengekalkan kesebelasna yang sama pada perlawanan malam ini.

Pemain seperti Nik Akif dan Nik Azli akan diturunkan bagi digandingkan dengan Bakhtiyar Duyshobekov dan Lazarus Kaimbi. Nik Azli menjadi pencetus kebangkitan pasukan Kelantan ketika perlawanan Selasa lalu dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol.

Walau apa pun, kedua-dua pasukan wajib untuk meraih kemenangan jika mahu memperbaiki kedudukan daam carta Liga. Kedah perlu menang bagi memastikan jarak mereka dengan tiga pasukan di tangga teratas tidak terlalu jauh.

Manakala bagi Kelantan pula, mereka berpeluang untuk memintas pasukan Negeri Sembilan jika berjaya meraih kemenangan malam ini.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kedah yang akan menentang Kelantan malam ini ? Mampukah Kedah menamatkan kemarau kemenangan sekaligus mengutip tiga mata penuh pada malam ini ?

Baca Juga: Kelantan Tidak Perlukan Fajr Ibrahim!

Leave a Reply