Sumber Gambar: dainikamadershomoy.com

Sebanyak 32 negara telah mengumumkan 23 senarai nama pemain mereka yang akan dibawa ke Rusia untuk bertanding di Piala Dunia 2018 nanti. Senarai nama-nama pemain tersebut telah pun didaftarkan. Anda boleh lihat senarai kesemua pemain yang bermain di Piala Dunia 2018 di sini.

Pada era bolasepak moden, banyak yang beranggapan bahawa skuad mahal akan lebih cepat mendatangkan prestasi kepada para pemain berikutan fasiliti serta prasana nya yang menggunakan tekonologi mahal dan moden. Paris Saint-Germain dan Manchester City adalah dua contoh kelab yang berevolusi menjadi kelab antara terkuat berkat kekuatan kewangan yang dimiliki oleh pasukan tersebut.

Berbeza dengan kejohanan peringkat  kelab yang memiliki bursa transfer untuk mendapatkan pemain, kejohanan antara negara hanya boleh mengharapkan pemain yang berasal dari negara tersebut. Meskipun begitu, menarik untuk melihat berapa nilai skuad negara yang akan tampil di Piala Dunia 2018 nanti. Dikupas dari BolaSport.com dari Transfermarkt, berikut adalah lima skuad dengan nilai skuad yang termahal.

5. Jerman

Sumber Gambar: ISPO

Juara bertahan Piala Dunia edisi lepas ini memiliki jumlah nilai pasar 872 juta Euro atau sekitar RM 4 097 732 927. Berapa ni agak-agak! Banyak sangat nombor nya !  Pemain Real Madrid, Toni Kroos menjadi pemain dengan nilai pasar tertinggi, 80 juta Euro (RM 375 938 800). Di belakang Kroos ada Mats Hummels (Bayern Munich), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona) dan Timo Werner (RB Leipzig) dengan harga pasar hampir RM 281 307 315. Duo Bayern Municn, Thomas Mueller dan Joshua Kimmich, berada di peringkat ketiga. Mereka memiliki nilai pasar 55 juta Euro atau hampir RM 258 457 925!

4. England

Sumber Gambar: Mirror

Negara yang hanya sekali menjulang Piala Dunia ini menjadi skuad dengan nilai pasar tertinggi keempat iaitu 874 juta Euro atau hampir RM 4 107 131 397. Duo Tottenham Hotspurs menjadi pemain dengan nilai pasar tertinggi. Kapten pasukan Harry Kane ketika ini bernilai 150 juta euro (RM 7 048 85 251) sedangkan Dele Alli bernilai 50 juta euro lebih murah dari Harry Kane. Raheem Sterling (90 Juta Euro), Marcus Rashford (65 Juta Euro), Kyle Walker, dan John Stones (50 Juta Euro) mengikuti nilai pasar di belakang Kane dan Alli.

3. Brazil

Sumber Gambar: Breaking Event

Skuad Samba ini menjadi negara Amerika Latin termahal di Piala Dunia 2018. Skuad Brazil memiliki jumlah nilai pasar sebanyak 950 juta Euro (RM4 464 273 258). Pemain terbaik Liga Perancis 2017-2018, Neymar, tampil dengan nilai pasar tertinggi dengan 180 juta Euro (RM 845 862 301) dan diikuti oleh Philippe Countinho (100 juta Euro), Roberto Firmino, Gabriel Jesus (70 juta Euro), serta duo Real Madrid, Marcelo dan Casemiro (60 juta Euro).

2. Sepanyol

\

Sumber Gambar: m.sports.ru

Skuad Matador ini berada di posisi kedua dengan jumlah nilai pasar 1,04 bilion Euro (RM 4 699 422 978). Pemain dengan nilai pasar tertinggi adalah pemain Barcelona, Sergio Busquets, dengan label harga 80 juta Euro. Dua pemain Real Madrid, Isco Alarcon dan Marco Asensio dengan nilai 75 juta Euro. Seterusnya David de Gea (Manchester United) serta duo Atletico Madrid, Koke dan Saul Niguez, bernilai 70 juta Euro.

1. Perancis

Sumber Gambar: Michael LoRé

Skuad Finalis Piala Eropa 2016 ini menjadi skuad yang termahal pada Piala Dunia 2018. Perancis memiliki nilai pasar sebesar 1,08 bilion Euro (RM 4 699 610 947). Skuad yang bergelar Ayam Jantan tersebut ketika ini memang memiliki deretan pemain bintang muda yang tidak murah. Kylian Mbappe menjadi yang teratas dalam daftar pemain Perancis dengan nilai pasar tertinggi iaitu 120 juta Euro atau hampir RM 563 908 201. Antoine Griezmann (100 juta Euro), Paul Pogba (90 juta Euro), Ousmane Dembele (80 juta Euro), Raphael Varane (70 juta Euro), dan Thomas Lemar (65 juta Euro) berada dalam senarai belakang Kylian Mbappe.

Sumber: BolaSport, Kompas

Baca juga :(Piala Dunia) 5 Wanita Paling “HOT” di Edisi 2018!

Leave a Reply