Sumber Gambar: Zimbio

Bagi setiap pemain bola sepak, telah menjadi impian untuk mewakili negara mereka di Piala Dunia FIFA sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  Di Piala Dunia Rusia kali ini, terdapat pemain ternama yang mewakili negara mereka untuk kali keempat berturut-turut atau lebih.  Mendapat peluang untuk mewakili negara sendiri sebanyak 4 Piala Dunia ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.  Mereka ini sudah mencapai tahap veteran Piala Dunia.

Bermain untuk kelab kegemaran juga adalah satu matlamat setiap pemain, tetapi tak banyak perkara yang boleh dibandingkan dengan pengalaman mewakili negara tercinta di hadapan jutaan peminat untuk cuba memenangi trofi terbesar dalam dunia bola sepak antarabangsa. Matlamat utama adalah untuk memenangi Piala Dunia, dan berikut adalah senarai veteran Piala Dunia yang cuba melakukannya di Rusia sekurang-kurangnya percubaan kali keempat mereka.

1 ) Lionel Messi (Argentina)

Veteran

Sumber Gambar: Sports Illustrated

Salah satu wajah yang paling dikenali dalam bola sepak, Lionel Messi veteran Argentina ini sekali lagi memimpin negaranya untuk cuba memenangi Piala Dunia di Rusia.

Veteran Argentina ini telah memenangi banyak piala bersama Barcelona dan trofi individu hampir dijangka setiap musim untuk superstar ini. Walau bagaimanapun, memenangi trofi Piala Dunia masih belum menjadi kenyataan buat pemain lagenda ini. Paling hampir dia memenangi Piala Dunia adalah pada tahun 2014 apabila dia mengetuai pasukan itu ke Final tetapi akhirnya digagalkan oleh pasukan Jerman.

Messi membuat debutnya di Piala Dunia pada 2006 apabila dia menjadi pemain gantian menentang Serbia dan Montenegro. Dengan kemasukan beliau dalam permainan itu, Messi telah menjadi pemain termuda bermain untuk Argentina di Piala Dunia.

Empat tahun kemudian, Messi bermain di bawah legenda Argentina Diego Maradona, dan dengan peranannya sebagai “withdrawn forward”, Messi berkembang menjadi pemain playmaker. Malangnya, Argentina kalah kepada Jerman pada suku akhir kejohanan itu.

Sekarang buat kali keempat mewakili Argentina dalam pertandingan itu, ramai yang berharap Messi akhirnya dapat memenangi Piala Dunia dan mengamankan namanya sebagai salah satu yang terbaik di semua pertandingan. Pada usianya yang telah menjangkau 30 tahun, dia hanya ada beberapa tahun yang tersisa sebelum mutu permainan dan tahap fizikalnya akan berkurangan.

2 ) Tim Cahill (Australia)

veteran

Sumber Gambar: POPSugar Australia

Dianggap sebagai legenda di Australia, veteran Tim Cahill kini kembali memimpin negara itu di Piala Dunia di Rusia. Usianya sudah meningkat 38 tahun, Cahill telah membuat namanya dalam Liga Perdana Inggeris bersama Everton dan telah berpindah dari satu benua ke benua yang lain. Beliau pernah bermain di Major League Soccer di Amerika Syarikat dan Liga Super Cina.

Hanya dalam penampilan Piala Dunia kedua Australia di Jerman 2006 (pertama kali pada tahun 1974,) Cahill membuat sejarah sebagai pemain Australia pertama yang pernah menjaringkan gol dalam pertandingan itu. The Socceroos sangat mengagumkan, tetapi mereka telah dikalahkan oleh Itali dalam pusingan ke-16.

Mereka gagal mengulangi kejayaan mereka dalam dua Piala Dunia selepas itu, tetapi Cahill masih bintang kerana dia dapat mencari gol untuk pasukan. Satu gol khususnya adalah voli menarik melawan Belanda yang menjadi salah satu gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia.

Tahun ini, Australia mengambil masa untuk menamakan skuad mereka tetapi orang ramai nyata gembira melihat veteran dan lagenda Tim Cahill masih dimasukkan ke dalam skuad. Ia boleh menjadi tahun terakhirnya mewakili Australia namun dia masih boleh menghasilkan persembahan yang berkualiti tinggi.

3) Sergio Ramos (Sepanyol)

Veteran

Sumber Gambar: AS English – Diario AS

Dengan lebih daripada 150 caps antarabangsa mewakili Sepanyol, Sergio Ramos dianggap sebagai pemain terbaik mereka.

Penampilannya di Piala Dunia bermula ketika dia berusia 18 tahun, Ramos adalah pemain Sepanyol termuda yang  membuat “debut” dalam pertandingan Piala Dunia ketika itu.

Dia telah melalui perubahan kedudukan, bermula di posisi bek kanan untuk pasukan Sepanyol sebelum menggantikan Carles Puyol di pertahanan tengah pada 2012.

Momen Piala Dunia yang terbaik beliau adalah pada tahun 2010 mereka apabila mereka berjaya akhirnya membawa Piala Dunia ke Sepanyol dengan dominasi yang menyeluruh sepanjang pertandingan.

Pada usia menjangkau 32 tahun, veteran Sepanyol ini mungkin boleh memberi satu lagi persembahan terbaik di Piala Dunia yang mungkin akan menjadi pertandingan terakhir untuknya.

4) Javier Mascherano (Argentina)

Veteran

Sumber Gambar: Concise News

Walaupun banyak perhatian tertumpu pada rakan sepasukannya pada Piala Dunia tahun ini, Javier Mascherano juga mesti diberi perhatian kerana apa yang veteran dia bawa untuk Argentina.

Kini bermain di Liga Super China, Mascherano terkenal dengan gaya bermain kerasnya terutama di bahagian hadapan barisan pertahanan.

Dia membuat penampilan pertama pada tahun 2006 dan merupakan pengganti Javier Zanetti, akhirnya telah diberi tanggungjawab sebagai kapten di Piala Dunia 2010 di bawah Maradona.

Maradona ketika itu mempunyai pujian yang tinggi untuk Mascherano, mendakwa bahawa alasan dia dipilih sebagai kapten adalah bahawa etika kerja kolar birunya melambangkan cara Argentina bermain bola sepak.

Pada tahun 2014, Messi dinamakan sebagai kapten dan Mascherano sebagai naib kapten.  Ketika itu Mascherano adalah suara besar untuk skuad Argentina apabila mereka berarak ke final, dan ramai berharap dia masih dapat melakukannya di Rusia.

Sudah berusia 34 tahun, veteran Argentina ini mungkin tidak mempunyai kepantasan dan pergerakannya semasa muda lagi tetapi kehadirannya harus menjadi inspirasi bagi harapan Argentina untuk memenangi Piala Dunia.

5) Andres Iniesta

Veteran

Sumber Gambar: Sky Sports

Veteran ini sudah menjadi berita utama awal tahun ini selepas mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Barcelona pada musim panas ini. Andres Iniesta juga akan membuat penampilan keempat dan terakhir dengan Sepanyol pada Piala Dunia tahun ini.

Iniesta telah memenangi segala yang ada untuk menang, dengan 33 trofi total untuk kelabnya, pemain tengah itu juga memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah bersama Sepanyol.

Pada usia 34 tahun, Iniesta akan mengakhiri kerjayanya di peringkat antarabangsa dan jika beliau membantu Sepanyol menang Piala Dunia kedua akan menjadi satu cerita lagenda buat veteran ini yang hanya bermain sekali dalam kempen tahun 2006 mereka.

6) Cristiano Ronaldo

Sumber Gambar: Getty

Pada umur 33 tahun, agak luar biasa bahawa Cristiano Ronaldo dapat mengekalkan rentak yang telah dimilikinya walaupun bermain dalam banyak perlawanan berkaliber tinggi sepanjang kariernya.

Dengan banyak trofi di peringkat kelab, Ronaldo hanya kekurangan Piala Dunia untuk melengkapkan senarai trofi yang dimenanginya.

Veteran Real Madrid ini membuat debutnya pada tahun 2006 dan merupakan pemain yang berbeza ketika itu berbanding sekarang.  Pada ketika itu, Ronaldo agak kurus dan tidak mempunyai “presence” seperti sekarang. Pada tahun 2010 lah di mana dia akhirnya menjadi pemimpin pasukan Portugal yang diharapkan selama ini.

Dia diberi tugas sebagai kapten dalam Piala Dunia keduanya, namun dia tidak dapat menjaringkan gol sebanyak yang diharapkan dalam kejohanan ketika itu tetapi mencukupi untuk membantu pasukan itu masuk ke peringkat kalah mati, di mana mereka akhirnya disingkirkan oleh juara Sepanyol di pusingan ke-16.

Pada tahun 2014, kecergasannya tidak 100% dengan mengalami pelbagai kecederaan seperti tendinitis dan kecederaan paha yang memberi kesan yang negatif kepada permainannya dan pasukan Portugal gagal melepasi peringkat kumpulan.

Di Rusia kali ini keadaan agak berbeza kerana Ronaldo mengetuai pasukan Portugal memenangi Kejohanan Eropah pada 2016 . Kejayaan mereka 2 tahun lepas akan menjadi pemangkin semangat untuk mereka memenangi kejohanan Piala Dunia kali ini. Kemenangan Piala Dunia di hadapan pesaingnya Lionel Messi dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terbaik yang pernah bermain.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: Menanti 7 Aksi Wonderkid Dunia

Baca juga: 7 Calon Top Skor Piala Dunia

Leave a Reply