Sumber Gambar: K edah FA

Setelah tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini, akhirnya pasukan Kedah boleh menarik nafas lega apabila mereka berjaya menewaskan passukan Kelantan dengan keputusan 1-0 semalam. Kemenangan ini sangat penting buat Kedah kerana mereka kini mempunyai kutipan mata yang sama dengan pasukan Perak dan Pahang.

Pasukan Kedah tidak membuang masa apabila mereka terus memberi asakan terhadap kubu pertahanan pasukan Kelantan seejak dari awal permainan lagi. Percubaan demi percubaan dilancarkan namun penyudah yang tumpul telah mengecewakan mereka. Kecemerlangan penjaga gol lawan, Shahrizan Ismail berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada Akhyar dan juga Baddol.

Akan tetapi, Shahrizan akhirnya tewas apabila penyerang import, Paulo Rangel bijak menolak masuk bola hasil daripada hantaran Andik Vermansah sebelum separuh masa tamat.

Barisan pemain Kelantan menggandakan usaha mereka untuk mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua. Akan tetapi, aksi cemerlang bekas penjaga gol mereka, Ramadha Hamid menafikan peluang Kelantan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Pada perlawanan semalam, pemain muda Kelantan sedikit mengecewakan apabila mereka gagal untuk mengulangi persembahan sepertimana ketika Kelantan menewaskan Kedah pada Selasa. Paling mengecewakan adalah ketika Nik Akif mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan. Akan tetapi, rembatan lemah beliau gagal untuk menewaskan Ramadhan.

Meskipun berjaya mengutip tiga mata yang sangat penting ini, corak permainan yang diterapkan oleh Nidzam Adha dilihat masih lagi belum meyakinkan. Nidzam perlu memperkemaskan lagi corak permainan yang beliau mahukan pada perlawanan akan datang.

Kemenangan semalam telah memastikan Kedah kini mempunyai kutipan mata yang sama dengan pasukan Perak dan juga Pahang. Bagi anak-anak buah Yusri Che Lah pula, mereka kekal menghuni tangga tercorot Liga dan berada satu mata dibelakang pasukan Negeri Sembilan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Kedah ke atas Kelantan semalam ? Mampukah mereka mengekalkan rentak kemenangan ini pada perlawanan akan datang ?

Bagi pasukan Kelantan, mampukah mereka kembali mengutip kemenangan sekaligus keluar daripada zon penyingkiran ?

Baca Juga: Kelantan Berbelanja Sakan Perkuat Pasukan

Leave a Reply