Sumber: Goal.com

Manuel Lanzini dikeluarkan dari pasukan Argentina selepas mengalami kecederaan lutut yang serius.

Persekutuan Bola Sepak Argentina mengesahkan berita pada hari Jumaat bahawa pemain tengah West Ham telah mengalami masalah pada ligamen pada lutut kanannya.

Berita itu merupakan tamparan hebat kepada Jorge Sampaoli dimana kejohanan piala dunia 2018  di Rusia (Moscow) akan bermula tidak kurang dari seminggu.

Manuel Lanzini, yang menjaringkan lima gol dalam 29 penampilan untuk Hammers pada 2017-18, telah membuat tiga penampilan untuk negaranya, menjaringkan gol pertamanya pada kemenangan dengan Itali 2-0 pada bulan Mac.

Argentina memulakan kempen Kumpulan D mereka menentang Iceland pada 16 Jun sebelum menghadapi Croatia pada 21 Jun dan Nigeria pada 26 Jun.

Anda pasti suka dengan artikel ini : Piala dunia menanti 7 aksi wonderkid dunia

Leave a Reply