Sumber Gambar: Bola.net

Isteri kepada penjaga gol kebangsaan Portugal, Rui Patricio, yang merupakan seorang pakar terapi seks telah menggesa suaminya dan rakan sepasukannya untuk melakukan onani supaya dapat membantu mereka memenangi Piala Dunia.

Vera Ribeiro percaya bahawa juara Eropah Portugal akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menambah gelaran Piala Dunia ke kabinet piala jika mereka mengamalkan sedikit onani sebelum perlawanan.

Ahli psikologi, yang pakar dalam seks, mengatakan bahawa pemain yang memuaskan nafsu mereka dengan tangan akan lebih santai dan kurang tertekan daripada mereka yang menahan diri.

Menahan diri dari sebarang aktiviti seksual seperti onani pra-permainan adalah perkara biasa dalam sukan dengan ramai atlet yang mempercayai bahawa jika mereka memuaskan nafsu sebelum perlawanan dapat membuat mereka kehilangan kelebihan mereka semasa perlawanan.

Tetapi dalam bukunya “Manuel of Seduction” Ribeiro berhujah bahawa melakukan onani adalah satu aktiviti¬† yang tidak ternilai dalam melegakan tekanan.

Buku itu juga menyatakan bahawa “tiada apa-apa yang positif boleh datang jika pemain menahan nafsu seksual mereka.”

Ribeiro berkata dalam sebuah rancangan berita Portugis: “Pemain bola sepak tidak boleh menahan diri dari melakukan hubungan seks sebelum permainan, tetapi semasa dalam latihan mereka tidak berpeluang ketemu dengan isterii dan teman-teman wanita mereka.”

“Kita tidak boleh kaitkan prestasi sukan dengan berlakunya aktiviti seksual.” tambah beliau.

Walau apa pun pandangan beliau ini, penulis berharap pandangan ini tidak dijadikan modal kepada atlet-atlet Islam untuk melakukan onani sebelum perlawanan.

Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha.

Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur’an:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu’minun 23 – 5,6,7]

ANDA MUNGKIN BERMINAT UNTUK BACA: Al-Kisah 6 Veteran Piala Dunia Di Rusia

 

Leave a Reply