Sumbeer Gambar: MUSA

Melaka United akan menerima kunjungan pasukan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat malam ini dalam misi untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan terakhir. Melaka berjaya menewaskan Kuala Lumpur ketika kedua-dua pasukan bertemu di Cheras pada Selasa lalu. Jika berjaya meraih kemenangan, Melaka akan melonjakkan kedudukan mereka dengan menduduki kelompok pertengahan Liga.

Sejak dibimbing oleh E.Elavarasan, kita bagaikan melihat pasukan Melaka Uniteed yang baru. Mereka dilihat lebih baik dan lebih berdisiplin berbanding sebelumnya. Kemasukan dua pemain import baru iaitu Ifedayo Olesegun dan Lee Chang-soo nyata memberi nafas baru kepada Melaka United.

Untuk menghadapi Kuala Lumpur malam ini, kami menjangkakan Elavarasan hanya akan membuat satu atau dua pertukaran dalam kesebelasan utama beliau. Elavarasan mungkin akan melakukan perubahan di bahagian pertahanan memandangkan mereka melepaskan tiga gol pada Selasa lalu.

Di bahagian serangan, kami menjangkakan Elavarasan akan mengekalkan barisan serangan seperti perlawanan lalu dimana posisi tersebut diisi oleh Yahor Zubovich, Ifedayo, Gophi dan Syahrul Azwari.

Bagi pasukan Kuala Lumpur, mereka mahu membalas dendam di atas kekalahan besar pada Selasa lalu. Walaupun berjaya meyamakan kedudukan, namun kesilapan bahagian pertahanan memaksa mereka berputih mata di Cheras.

Untuk perlawanan malam ini, sudah pasti Fabio Maciel akan melakukan perubahan dalam kesebelasan utama beliau. Sama seperti E.Elavarasan, kami merasakan Fabio akan merombak bahagian pertahanan beliau bagi memastikan tragedi Selasa lalu tidak berulang.

Walau apa pun, kemenangan untuk Melaka United akan melonjakkan kedudukan mereka ke tangga keenam. Manakala bagi pasukan Kuala Lumpur pula, jika mereka berjaya mengutip tiga mata penuh malam ini, mereka akan melonjak ke tangga ketujuh.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Melaka United menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jeebat malam ini ? Mampukah Melaka meneruskan rentak kemenangan dan menjadikan tiga kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ?

Atau Kuala Lumpur akan merosakkan parti mereka malam ini dengan meraih kemenangan ?

Baca Juga: Nafas Baru Bagi Pasukan Melaka United

Leave a Reply