Sumber Gambar: Eurosports

Ada 32 negara yang akan bersaing pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia pada bulan ini. Setiap negara akan membawa pemain terbaik, termasuk para pemain muda yang memiliki bakat hebat atau yang sudah biasa disebut sebagai wonderkid! Siapa je Wonderkid dunia yang akan berikan aksi yang ditunggu-tunggu nanti? Berikut senarainya yang dibuat oleh bolasport.com dari Goal. Jom kita lihat!

1. Wilfred Ndidi

Sumber Gambar: getty images

Wilfred Ndidi pada ketika ini bermain untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Leicester City. Beliau menggantikan peranan N’Golo Kante yang telah berhijrah ke pasukan Chelsea. Tak mudah baginya untuk memainkan peranan tersebut. Namun, Ndidi mampu menyatu dengan baik bersama Leicester. Pemain berusia 21 tahun tersebut menjadi bahagian penting skuad kebangsaan Nigeria yang telah melaju ke Piala Dunia 2018.

2. Albert Gudmundsson

Sumber Gambar: goal.com

Kejayaan pasukan Iceland yang layak ke Piala Dunia 2018 tentu cukup mengejutkan bolasepak dunia. Iceland boleh dikatakn bukan negara yang memiliki tradisi yang kuat dalam arena bolasepak. Kejayaan pasukan Iceland tentu membuat beberapa pemain menjadi sorotan. Salah satu pemain muda yang ikut bersinar adalah Albert Gudmundsson yang berusia 20 tahun dan penampilan bersama pasukan kebangsaan Iceland adalah sebanyak 4 kali dan menjaringkan 3 gol!

3. Trent Alexander-Arnold

Sumber Gambar: Daily Express

Siapa tak kenal pemain ini? Trent Alexander-Arnold menjadi pemain muda Liverpool yang paling bersinar pada musim 2017-2018. Trent Alexander-Arnold juga membantu skuad asuhan Juergen Klopp menjadi finalis Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Penampilan Trent membuat pemain berusia 19 tahun itu dipanggil oleh skuad kebangsaan England. Kehadiran Trent disebut akan membantu England dalam bertahan mahupun dalam serangan.

4. Ousmane Dembele

Sumber Gambar: Daily Post

Kelab Liga Sepanyol, Barcelona membeli Ousmane Dembele dengan harga yang mahal iaitu 105 juta Euro, atau setara RM 704 716 977. Sempat mengalami cedera, Dembele perlahan-lahan mampu bangkit. Wonderkid mahal Barcelona ini memiliki kelebihan yang sama baik di 2 kakinya. Masih berusia 21 tahun, Dembele diperkirakan menjadi motor utama dalam skuad kebangsaan Perancis musim ini.

5. Marcus Rashford

Sumber Gambar: GiveMeSport

Marcus Rashford bermain sebanyak 52 kali pada musim 2017-2018. Wonderkid ini mencetak 13 gol dan 9 assist yang dipetik dari BolaSport.com dari Transfermarkt. Masih berusia 20 tahun, Rashford mampu bermain sebagai pemain sayap mahupun penyerang utama. Adanya Rashford digandingkan dengan Harry Kane di bahagian serangan pasukan England sudah pasti akan dapat kita lihat aksi yang menarik di Piala Dunia nanti.

6. Gabriel Jesus

Sumber Gambar: Dream Team

Penyerang pasukan kebangsaan Brazil pada Piala Dunia 2018 kali ini dipikul oleh Gabriel Jesus. Sang pemain berjaya meraih juara Liga Perdana Inggeris musim 2017-2018 bersama Manchester City. Pemain berusia 21 tahun ini dipercayai akan menjadi bucu pedang pasukan Brazil. Pergerakan Gabriel Jesus yang sukar diketahui pihak lawan wajib diwaspadai terutama bahagian pertahanan.

7. Kylian Mbappe

Sumber Gambar: Mirror

Kylian Mbappe menjadi pemain muda yang tampil mengujakan sejak kebelakangan ini. Mbappe berjaya meraih kejayaan bersama Paris Saint-Germain (PSG) di Liga Perancis pada musim 2017-2018. Pemain berusia 19 tahun ini disebut memiliki kemampuan memanfaatkan ruang yang ada dalam padang ditambah lagi Mbappe punya kecepatan yang membolehkan pihak lawan kepenatan untuk merebut bola dari kakinya.

Sumber: BolaSport , Kompas

Baca Juga :[Piala Dunia] 5 Skuad Termahal di Piala Dunia 2018

Leave a Reply