Sumber Gambar: Mole.my

Nirvana bola sepak menanti kita semua 14 Jun ini. Peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula Khamis ini, 48 perlawanan dalam 14 hari. Sudahkah anda bersedia?

Sayangnya, kehidupan sentiasa mencari cara untuk menghalang kesenangan kita untuk menonton acara terpenting setiap 4 tahun ini. Kita semua mempunyai pekerjaan dan tanggungjawab yang menjadikannya mustahil untuk duduk di sofa atau di kedai mamak selama dua minggu berturut-turut menonton bola sepak. Oleh itu, kita perlu memilih perlawanan dan memastikan bahawa ketika permainan terbaik sedang dimainkan, mata kita terpaku ke kaca TV.

Untuk membantu anda, kami di inikan bola telah menyusun senarai lima perlawanan wajib tonton di peringkat kumpulan Piala Dunia. Tentu saja kelau ada kelapangan anda harus cuba menonton setiap perlawanan dan menikmati setiap saat yang mungkin. Tetapi sama ada anda menonton live stream dari meja anda, makan malam dihadapan kaca TV, atau melepak di kedai mamak bersama rakan-rakan, pastikan anda mencari jalan untuk menonton lima perlawanan kumpulan ini.

1 ) PORTUGAL vs. SEPANYOL, Kumpulan B, 16 Jun pukul 2.00 A.M (Waktu Malaysia).

Kita hanya perlu menunggu kurang dari dua hari selepas tendangan pertama untuk mendapatkan perlawanan derbi antarabangsa. Mana-mana perlawanan di antara kedua-dua rival Iberia ini adalah suatu yang besar lebih-lebih lagi di Piala Dunia. Ini akan menjadi pertemuan ke-37 di padang antara kedua-dua negara ini, dan ini boleh menjadi salah satu perlawanan persaingan yang paling panas dalam siri itu.

Cristiano Ronaldo dan Portugal adalah juara bertahan Eropah. Sepanyol mempunyai wajah baru dan sikap baru selepas tewas dari Piala Dunia 2014 di peringkat kumpulan. Sekiranya satu pemenang boleh muncul dari perlawanan ini, yang kalah akan berada di posisi yang sukar dan menatap sekurang-kurangnya satu perlawanan yang mesti menang pada dua perlawanan seterusnya. Sementara itu, pemenang akan membuat tuntutan yang kuat sebagai pihak yang paling dominan di semenanjung Iberia.

 

2 ) ARGENTINA vs. ICELAND, Kumpulan D, 16 Jun pukul 9.00 P.M (Waktu Malaysia).

Ini adalah dua yang amat berbeza memasuki Piala Dunia dengan jangkaan yang sangat berbeza. Tetapi kedua-duanya bermain untuk membuktikan perkara yang sama bahawa mereka layak untuk berada di Piala Dunia. Lionel Messi telah memenangi segala-galanya untuk menang di peringkat kelab, tetapi dia tidak pernah mendorong Argentina untuk memenangi pertandingan senior antarabangsa. Dia sudah pernah bersara dari bola sepak antarabangsa sekali (walaupun buat sementara), dan desas-desus berleluasa yang dia akan melakukannya sekali lagi jika Argentina gagal memenangi kejohanan tahun ini. Jika dia boleh menjulang Piala Dunia untuk Argentina, hujah-hujah sumbang yang mengatakan dia bukanlah pemain terbaik sepanjang masa akan berkurangan.

Iceland, sebuah negara pulau yang mempunyai 330,000 penduduk, mengejutkan dunia dengan pencapaian ke suku akhir Euro 2016. Pencapaian mereka untuk layak ke Piala Dunia Rusia 2018 sedikit-sebanyak telah membisukan kata-kata yang menyangkal dan mencemuh pencapaian mereka di Euro 2016 sebagai hanya nasib. Iceland boleh melenyapkan terus sebarang keraguan yang tersisa dengan memenangi perlawanan menentang Argentina dan menunjukkan prestasi yang menakjubkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya. Dan jika anda fikir itu mustahil, tanya England atau Croatia atau Turki apa yang berlaku apabila anda memandang rendah Iceland. Malah seorang pemain yang baik seperti Messi boleh gentar mendengar “Viking Clap”.

3 ) JERMAN vs. MEXICO, Kumpulan F, 17 Jun pukul 11.00 P.M (Waktu Malaysia).

Mexico berada di tengah-tengah apa yang dipanggil ramai sebagai “generasi emas” mereka. Terdapat banyak bakat dalam skuad ini tidak seperti yang kita tpernah dilihat dari pemain-pemain Mexico. Generasi ini buat beberapa tahun terakhir kebelangakan ini menguasai kawasan CONCACAF. Tetapi Jerman adalah ujian bukan seperti pasukan yang lain. Setiap generasi Jerman adalah “generasi emas” mereka. Juara bertahan Piala Dunia ini tampak bersemangat dan berkualiti untuk mempertahankan gelaran mereka.

Pemenang perlawanan ini (jika ada) akan mempunyai kelebihan yang besar dan kemungkinan muncul dari Kumpulan F di tempat pertama. Sekiranya Mexico dapat seri dalam perlawanan kumpulan ini, pasti keyakinan mereka akan melonjak dan harapan untuk menjangkau lebih dari peringkat 16 terakhir akan lebih kuat. Kalau mereka boleh mengalahkan Jerman maka semangat itu akan berkobar-kobar. “KALAU” jangan lupa ye.

 

4 ) POLAND vs. COLUMBIA, Kumpulan H, 25 Jun pukul 2.00 A.M (Waktu Malaysia).

Jika anda bukan peminat tegar bola sepak antarabangsa, kemungkinan anda tidak menghabiskan banyak masa memikirkan Poland atau Colombia. Anda perlu! Ini adalah dua pasukan yang hebat dengan pemain yang hebat. Dan walaupun mereka bukan pasukan terbaik dalam Piala Dunia, mereka sangat sepadan. Kebanyakan perlawanan Piala Dunia mempunyai pasukan kegemaran dan underdog yang jelas, tetapi perlawanan ini amat seimbang.

Perlawanan ini menjadi salah satu perlawanan yang paling sengit di peringkat kumpulan dan ia perlu menjadi perlawanan yang anda perlu tonton kerana bakat individu yang luar biasa yang akan dipamerkan. Robert Lewandowski dari Poland adalah salah satu penyerang yang paling berbakat dan cekap dalam bola sepak zaman ini. James Rodriguez dari Colombia adalah ahli silap mata dengan bola di kakinya dan salah satu pemain paling kreatif dalam bola sepak zaman ini. Tambah fakta bahawa pemenang pertandingan ini boleh menempah tiket mereka ke pusingan kalah mati dan yang kalah akan dipaksa ke pertandingan mesti menang pada perlawanan kumpulan terakhir, dan anda mendapat resipi untuk perlawanan terbaik pada peringkat kumpulan.

 

5 ) ENGLAND vs. BELGIUM, Kumpulan G, 29 Jun pukul 2.00 A.M (Waktu Malaysia).

Pertarungan di antara England dan Belgium dua pasukan terkuat dari Group G akan berlaku pada hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan, yang membuatnya agak sukar untuk diramal. Jika kedua-dua negara sudah menempah tiket mereka ke pusingan kalah mati selepas hari perlawanan kedua, perlawanan ini akan menjadi yang paling sia-sia. Tetapi jika ada situasi dimana kedua-dua pihak memerlukan kemenangan untuk maju, ini mungkin akan menjadi satu-satunya permainan penting dalam peringkat kumpulan.

Walau apa pun, perlawanan ini akan menjadi hadiah kepada para peminat Liga Perdana Inggeris (memang ramai di Malaysia). Harry Kane, Eden Hazard, Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, Dele Alli, Romelu Lukaku, sebahagian nama-nama bintang EPL yang dijangka akan bermain. Kedua-dua pasukan ini mempunyai senarai “Who’s Who” bintang-bintang utama Liga Perdana Inggeris.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: 5 Penjaga Gol Bertangan Emas di Piala Dunia 2018!

Leave a Reply