Sumber Gambar: Anti Doping World

Bekas penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Ahmad Syihan Hazmi digantung dari sebarang aktiviti bola sepak selama 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan b3loau gagal dalam ujian doping ketika menyertai Kejohanan B-23 AFC di China, Januari lalu.

Perkara ini disahkan oleh ejen Syiham, Effendi Jagan Abdullah yang menyatakan bahawa keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC pada 4 Jun lalu, selepas sesi pendengaran kes berkenaan pada 30 dan 31 Mei lalu.

Menurut Efendi lagi, pihaknya berpuas hati dengan hukuman 20 bulan kerana kalau nak diikutkan, Syihan boleh dikenakan hukuman mandatori selama empat tahun. Jika mereka membuat rayuan, ada risiko yang tersendiri kerana jika rayuan ditolak, maka tempoh hukuman yang dikenakan terhadap Syihan boleh ditambah.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pihaknya menerima surat daripada AFC pada 6 Februari 2018, memaklumkan Ahmad Syihan didakwa positif metabolite methandienone iaitu sejenis bahan larangan dalam senarai Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam ujian sampel A yang diambil pada 10 Januari 2018.

Ahmad Syihan didapati bersalah melanggar Artikel 6 Peraturan Anti-Doping AFC dan digantung sementara selama 60 hari daripada mengambil bahagian dalam segala aktiviti bola sepak termasuk perlawanan domestik, persahabatan dan juga perlawanan rasmi.

Dengan penggantungan ini, kontrak Ahmad Syihan Hazmi bersama pasukan Negeri Sembilan secara automatik terbatal dan beliau dilepaskan tanpa menerima sebarang pampasan.

Satu tamparan yang hebat bagi penjaga gol muda negara ini. Setelah digantung daripada memyertai sebarang perlawanan, kini Syihan harus berlatih seorang diri bagi memastikan beliau cergas sambil menunggu tempoh penggantungan tamat.

Perkara ini juga harus dijadikan pengajaran buat semua ahli sukan dalam negara agar berhati-hati semasa mengambil sebarang produk dan mereka perlu memastikan bahawa pengambilan sesetengah produk itu adalah dibenarkan di sisi undang-undang.

Apa pendapat anda mengenai penggantungan 20 bulan yang dikenakan ke atas bekas penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Ahmad Syihan Hazmi? Adakah tempoh hukuman tersebut wajar?

Baca Juga: Balas Dendam Kuala Lumpur Akhirnya Terlunaskan

Leave a Reply