Sumber Gambar: MUSA

Pasukan Melaka United gagal untuk mengekalkan rentak kemenangan apabila mereka tewas kepada pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan 4-2 semalam. Dengan kemenangan ini, Kuala Lumpur berjaya melunaskan balas dendam mereka setelah tewas kepada Melaka pada Selasa lalu.

Pasukan Melaka bermula dengan baik apabila berjaya mendahului Kuala Lumpur sebanyak dua kali pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ifedayo Olesegun. Walaupun KL berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Indra Putera, namun Ifedayo memastikan Melaka di hadapan ketika rehat separuh masa.

Memasuki separuh masa kedua, segalanya bagaikan tidak menjadi buat Melaka. Kuala Lumpur berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Indra Putera, Zaquan Adha dan Guilherme De Paula bagi memastikan Melaka tidak dapat meneruskan rentak kemenangan.

Barisan pertahanan kedua-dua pasukan menjadi perhatian pada perlawanan semalam. Kedua-duanya dilihat gagal untuk memperkemaskan aksi mereka. Namun, dalam perlawanan ini barisan pertahanan Melaka United yang menunjukkan kelemahan ketara dan kelemahan tersebut berjaya dimanfaatkan oleh pasukan lawan.

Kemenangan semalam mengangkat kedudukan Kuala Lumpur dalam carta Liga dengan menduduki tangga ketujuh. Kini, The City Boys mempunyai jumlah kutipan mata yang sama dengan pasukan PKNS FV yang akan menentang pasukan Selangor hari ini.

Bagi anak-anak buah E.Elavarasan pula, mereka jatuh ke tangga ke-10 dengan kutipan mata sebanyak 17 mata, lima mata di hadapan pasukan Negeri Sembilan yang juga tewas kepada pasukan Peral dengan keputusan 2-0.

Nampaknya saingan di kelompok bawahan Liha lebih menarik jika nak dibangdingkan persaingan di kelompok atasan Liga. Pasukan yang saling mengejar serta keputusan yang tidak dijangka mewarnai persaingan 6 pasukan yang berada di kelompok bawahan dalam carta Liga.

Apa pendapat anda mengenai kejayaan anak-anak buah Fabio Maciel yang berjaya melunaskan balas dendam pasukan setelah tewas pada perlawanan pertama? Mampukah mereka mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya?

Dan bagi Melaka United, apa yang perlu dilakukan oleh E.Elavarasan untuk memastikan Melaka kembali mengutip kemenangan pada perlawanan akan datang?

Baca Juga: Peluang Pasukan Melaka United Lonjakkan Kedudukan

Leave a Reply