Sumber Gambar: Reuters

Heboh diperkatakan ketika ini di media sosial dan laman berita utama tentang kegagalan Liverpool manandatangani Nabil Fekir dari Lyon pada saat-saat akhir.Lyon telah mengakhiri rundingan penjualan Nabil Fekir ke Liverpool, kelab Perancis itu mengumumkan pada hari Sabtu.  Hebat sangat ke Nabil Fekir ni?

Ada ura-ura yang mengatakan Nabil Fekir gagal dalam ujian kesihatannya bersama Liverpool apabila pakar-pakar perubatan Liverpool khuatir akan kecederaan lutut yang lama dialami oleh Fekir.Liverpool cuba mengurangkan harga perpindahan yang telah dipersetujui dengan Lyon setelah menyedari akan kecederaan lama itu dan ini telah membuat presiden Lyon berang dan menamatkan sebarang rundingan serta-merta.

Nama Nabil Fekir telah melonjak naik sejak dua ke tiga musim ini disebabkan pencapaiannya bersama kelab Peranchis Lyon.Wartawan di Perancis mengatakan beliau sebagai antara pemain yang terbaik di negara itu, namun masih banyak yang diketahui mengenai kualiti Nabil Fekir oleh peminat di luar Perancis.

Tetapi sekilas imbas akan video-videonya  di YouTube tidak dapat menggambarkan betapa hebatnya permainan Nabil Fekir.  Jadi apa petanda lain akan kehebatannya?

Mungkin petanda yang utama datang dalam bentuk skuad Piala Dunia Perancis.  Nabil Fekir, dengan 10 “caps” Perancis yang sudah diperolehinya pada masa ini, akan ke Rusia sebagai sebahagian skuad Didier Deschamps. Penamaannya dalam skuad Piala Dunia Perancis tidak mengejutkan. Kapten Lyon ini yang menunjukkan permainan yang hebat untuk kelab, menjaringkan 23 gol musim lalu dan membantu pasukannya layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Tetapi pencapaian beliau untuk dinamakan dalam skuad akhir Perancis ke Piala Dunia beliau lebih menarik apabila mempertimbangkan pemain-pemain Perancis yang lain yang dipinggirkan oleh Deschamps kali ini. Memandangkan Fekir boleh beroperasi sama ada sebagai pemain tengah menyerang atau posisi tepi, terdapat banyak pemain yang tempatnya telah diambil oleh Fekir. Beliau telah menyerahkan pemain-pemain ini kepada satu bulan menonton Piala Dunia di televisyen.

Kingsley Coman menjaringkan tujuh gol dalam 32 penampilan musim ini untuk Bayern Munich, dan dianggap satu bintang menyinar bola sepak Perancis, tetapi pemain berusia 21 tahun itu tidak disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Perancis.  Malah beliau langsung tidak disenaraikan dalam senarai pemain gantian Piala Dunia Perancis sekiranya ada antara 23 pemain skuad akhir mengalami kecederaan. Nasib yang sama menimpa pemain Sevilla Wissam Ben Yedder juga yang menghantui Liverpool dalam liga juara-juara Eropah musim lalu.

Moussa Sissoko dari Spurs juga boleh bermain di tengah dan telah digunakan dalam peranan yang sama kepada Fekir oleh Mauricio Pochettino. Dia hanya membuat senarai pemain gantian Piala Dunia bersama-sama dengan Anthony Martial dari Manchester United.

Alexandre Lacazette adalah seorang lagi pemain yang berprofil tinggi yang mempunyai permainan yang seiras dengan Fekir juga tidak dinamakan bersama-sama Dimitri Payet. Kevin Gameiro, penakluk Liverpool di Basel pada tahun 2016, tidak langsung dinamakan dalam senarai pemain gantian. Rakan sepasukan Fekir yang berpotensi Houssem Aouar dan Lucas Tousart juga terlepas, sama seperti Geoffrey Kondogbia selepas musim yang agak solid di Valencia. Paul-Georges Ntep adalah seorang lagi pemain yang dipinggirkan oleh kehebatan Fekir.

Fekir adalah bintang bola sepak dengan bakat yang tidak dapat dinafikan.  Pasukan-pasukan lain harus melakukan hampir segala yang boleh untuk mendapat khidmatnya. Beliau mempunyai tahap koordinasi bersama bola yang tinggi  untuk seorang pemain tengah menyerang, sama ada rembatan bolanya yang hebat, atau bagaimana dia mengendalikan dirinya dalam ruang yang ketat.

Ada banyak yang hebat tentang Fekir, tetapi ada juga risiko yang terlibat. Bukan sekadar sejarah kecederaannya, tetapi juga bagaimana gaya permainannya dapat disesuaikan untuk kelab seperti Liverpool, dan sama ada dia akan terus menjaringkan gol pada kadar yang lebih tinggi.  Namun risiko-risiko ini biasa dalam bola sepak. Tiada satu pemain pun yang boleh memberi jaminan 100% yang dia akan berjaya pada masa akan datang.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: 10 Pemain Skuad Perancis Dengan Gaji Termasyuk

Leave a Reply