Sumber Gambar: MFL

Kemenangan Perak ke atas pasukan Negeri Sembilan semalam berjaya menghidupkan semula peluang mereka untuk mengejar Johor Darul Ta’zim sekaligus memburu kejuaraan Liga Super musim ini. Jaringan Brendan Gan dan Leandro Dos Santos berjaya memberikan Perak tiga mata penuh.

Pada separuh masa pertama, barisan pertahanan Negeri Sembilan tenang menyekat segala asakan bertali arus daripada pemain Perak. Ketangkasan penjaga gol Negeri Sembilan, Ilham Amirullah berjaya menafikan percubaan daripada barisan serangan pasukan Perak.

Ketika barisan serangan tidak berfungsi dengan baik, barisan tengah Perak berjaya menampilkan aksi terbaik dimana Brendan Gan dan Leandro berjaya memberikan perbezaan buat pasukan Perak. Gan berjaya memanfaatkan keadaan kucar-kacir di hadapan pintu gol manakala Leandro berjaya menjaringkan gol hasil daripada sepakan percuma menarik.

Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, mereka gagal untuk mengekalkan rentak sepertimana ketika mereka mengikat pasukan Perak pada Rabu lalu. Negeri Sembilan hanya mengancam benteng pertahanan Perak pada separuh masa pertama sahaja.

Negeri Sembilan juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Ilham Amirullah kerana berkat ketangkasan beliau, pintu gol Negeri Sembilan hanya dibolosi sebanyak dua gol.

Kemenangan Perak semalam berjaya membawa mereka menduduko tangga kedua dengan berada lapan mata dibelakang pasukan pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim. Walaupun jarak mata sedikit jauh, namun kami berpendapat perkara tersebut sekurang-kurangnya berjaya memberi tekanan kepada JDT.

Bagi pasukan bimbingan Mario Lemos pula, kekalahan semalam membuatkan mereka kekal di tangga kesebelas dengan berada lima mata dibelakang pasukan Melaka United. Mereka perlu segera mengutip kemenangan jika mahu keluar daripada zon penyingkiran.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Perak ke atas pasukan Negeri Sembilan semalam? Mampukah mereka mengekalkan rentak kemenangan sekaligus memberi tekanan kepada Johor Darul Ta’zim yang menghuni tangga teratas Liga ketika ini?

Dan mampukah Negeri Sembilan bangkit pada perlawanan seterusnya bagi menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran?

Baca Juga: Pengalaman Yang Dimiliki Jad Noureddine Mampu Bantu Pasukan Perak Kukuhkan Pertahanan

Leave a Reply