Sumber Gambar: World Soccer Talk

Debaran di Piala Dunia 2018, skuad kebangsaan Iceland, sudah tiba di Rusia. Mereka tiba di Lapangan Terbang Gelendzhik, Sabtu (9/6/2018) waktu setempat. Namun, ada cerita yang agak menghiburkan yang ketika skuad kebangsaan ini ingin berlepas dari Lapangan Terbang Keflavik di Reykjavik.

Keberangkatan skuad Iceland sempat tertunda akibat daripada sang jurulatih, Heimir Hallgrimsson, salah meletakkan bag yang berisi barang bawaannya ke salah satu couch bas lain.

Sepatutnya jurulatih itu meletakkan beg itu ke bas yang akan berangkat ke lapangan terbang Keflavik, Hallgrimsson akan tetapi menaruh barang bawaannya di bas yang hendak menuju ke Akranes, kota yang terletak di Iceland Barat.

Beliau ingin mempersingkatkan waktu tetapi dengan kesalahan beliau meletakkan beg ke bas yang lain justeru membuatkan beliau menunggu. Rombongan skuad yang mempopularkan Viking Clap itu harus menunggu bas tersebut untuk kembali, yang sudah terlanjur sampai ke Akranes.

Salah satu staff daripada persatuan bolasepak Iceland yang tinggal di Akranes, terpaksa mengambil dan membawa kembali beg tersebut ke Reykjavik.

Sambil menunggu beg itu tiba, Aron Gunnarsson mentertawakan kejadian itu. Mereka juga bersantai sambil menikmati kopi di Lapangan Terbang Keflavik, Penerbangan mereka ke Rusia terpaksa ditunda disebabkan oleh insiden itu.

Semua rombongan skuad Iceland dijadualkan terbang pada pukul 10.30 waktu setempat menggunakan kapal terbang Iceland Air, namun tertunda 1 jam setengah lamanya hingga pukul 12.00 waktu setempat.

“Ini kesalahan dalam perjalanan kami, tapi paling tidak, insiden ini membolehkan pihak pengurusan skuad kami ketawa,” kata Hallgrimsson.

“Kami memulai (perjuangan di Piala Dunia di Rusia) dengan satu insiden yang kelakar. Saya pasti akan di-bully oleh  staff  selama beberapa hari ke depan akibat  insiden  ini,” kata jurulatih skuad Iceland.

Sumber: Footbolti/Bola.com , Liputan6

Baca Juga:(Piala Dunia) 5 Perlawanan Kumpulan Yang Wajib Tonton!

Leave a Reply