Insiden Luis Suarez menggigit bahu Georgio Chiellini dalam Piala Dunia lepas pasti merupakan salah satu peristiwa paling ikonik dalam sejarah bolasepak La Celeste bimbingan Oscar Tabarez ini.

Menarik untuk melihat skuad Uruguay kali ini membariskan gabungan pemain berpengalaman dan bakat muda yang dibawa ke Oscar Tabarez ke Russia kali ini. Harapan sudah pasti diletakkan di bahu 2 penyerang utama mereka yang beraksi masing-masing untuk PSG dan Barcelona, Edinson Cavani dan Luis Suarez.

Melihat kepada perlawanan kelayakan dan persahabatan yang dilalui mereka sepanjang perjalanan ke Piala Dunia, Oscar Tabarez menggunakan formasi 4-4-2 diamond sebagai struktur utama pasukan. Sudah tentu gandingan Cavani dan Suarez menjadi sandaran utama Uruguay untuk mencipta gerakan. Lazimnya mereka akan cepat membuat vertical pass ke atas mencari samada Suarez atau Cavani yg melakukan channel runs, sementara pemain No 10 dan 2 pemain Wide Midfielder mereka akan melakukan support runs.

Di bahagian pertahanan, sudah tentu gandingan Atletico Connection antara Diego Godin dan Jose Maria Gimenez bakal dijadikan sandaran, sementara seorang lagi pemain berpengalaman, Sebastian Coates boleh diharapkan jika salah seorang daripada gandingan utama ini tidak dapat bermain. Strategi Oscar Tabarez mudah, mereka akan bermain secara selamat ketika bertahan, dan cepat menghantar bola ke hadapan apabila mereka dapat merampas bola.

Key Player: Luis Suarez
Kekuatan:
i) Memeliki 2 penyerang World Class di hadapan yang boleh mengubah keputusan perlawanan bila-bila masa sahaja.
ii) Ketenangan dan pengalaman Diego Godin di bawah boleh menstabilkan pasukan
iii) Turun sebagai pasukan underdog memberi kelebihan dari segi psikologi

Kelemahan:
i) Barisan pemain tengah yang boleh dikatakan hanya average menyukarkan mereka untuk merencana gerakan dari kawasan tengah
ii) Terlalu bergantung kepada Luis Suarez dan Edinson Cavani
iii) Skuad depth yang tipis tidak memberikan banyak pilihan kepada Oscar Tabarez. Tiada game changer yang boleh dimasukkan dari bangku simpanan

Ramalan Penulis: Layak ke pusingan kedua.

Gambar: Goal.com

Leave a Reply