Sumber Gambar: Evening Standard

Sebelum permulaan musim 2015-2016, Tottenham Hotspur menandatangani pemain berusia 19 tahun dari Milton Keynes Dons bernama Dele Alli. Sejak daripada itu, Dele menjadi pemain utama Spurs dan akan bermain dalam temasya terbesar dalam dunia bola sepak iaitu Piala Dunia.

Dele dilahirkan dalam keadaan keluarga yang sedikit kucar-kacir. Bapa beliau yang merupakan warga Nigeria bercerai dengan ibu Dele yang merupakan warganegara England ketika usia Dele baru memasuki tiga tahun.

Walaupun mendapat pendidikan dan juga pendedahan kepada bola sepak pada usia yang sedikit lewat, namun Dele berjaya memasuki akademi MK Dons pada usia 11 tahun. Dele beraksi cemerlang bersama MK Dons dan kemudiannya menarik minat Tottenham Hotspur untuk menandatangani beliau.

Setelah tiga musim beraksi bersama Spurs, Dele berjaya tampil dalam 106 perlawanan dan menjaringkan 37 gol. Bersama pasukan England, Dele berjaya tampil dalam 25 perlawanan dan menjaringkan 2 gol.

Penulis berpendapat Dele Alli akan menjadi pemain harapan England untuk mencipta kejutan dalam temasya kali ini. Gandingan beliau bersama Harry Kane ketika beraksi di peringkat kelab diharapkan dapat diteruskan bagi membawa England mara sejauh yang mungkin.

Kecemerlangan Dele juga mendapat pujian daripada legenda Brazil, Roberto Carlos. Menurut Roberto, gaya permainan Dele mirip seorang pemain dari Brazil. Roberto juga meminati gaya permainan dan juga kemampuan yang dimliki oleh Dele.

Mampukah Dele membantu Englang mencipta kejutan dalam temasya Piala Dunia kali ini setelah hanya mampu menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan pada edisi lalu ? Jika kita melihat kepada kualiti yang dimiliki oleh Dele dan juga kualiti rakan sepasukan beliau, tidak mustahil pasukan England boleh melangkah jauh dalam pertandingan kali ini.

Apa yang penting, pemain England tidak perlu menghiraukan sebarang tekanan daripada pihak media kerana itu ialah salah satu faktor mengapa mereka selalu gagal dalam kejohanan besar. Mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian dan memantapkan lagi corak permainan pasukan bagi memastikan mereka mampu mencabar pasukan besar dalam temasya kali ini.

Baca Juga: Siapa Yag Patut Menjaga Gawang England ?

Leave a Reply