Sumber Gambar: PKNS FC

Ketua pasukan PKNS FC, Safee Sali berang apabila pintu gol PKNS sekali lagi bocor ketika mereka seri dengan pasukan Selangor dengan keputusan 2-2 semalam. Safee menggesa agar pasukannya tidak melepaskan gol mudah pada perlawanan akan datang jika mahu kekal bersaing.

Pada perlawanan menentang Selangor semalam, PKNS bermula dengan baik apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Rafael Ramazotti. Setelah berjaya membuka tirai jaringan, PKNS berjaya menguasai permainan dan barisan pertahanan mereka berjaya menyerap segala asakan pemain Selangor.

Akan tetapi, pada separuh masa kedua, Selangor kembali memperkemaskan corak permainan dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi man of the moment mereka, Rufino Segovia. Rufino berjaya memperdayakan benteng pertahanan PKNS sebelum menolak masuk bola.

D.Kugan kemudiannya berjaya menjaringkan gol kedua bagi Selangor sebelum Ramazotti sekali lagi menjaringkan gol dengan menanduk masuk bola pada minit-minit terakhir perlawanan bagi memberikan satu mata bagi PKNS FC.

Tambah Safee lagi, mereka hadir ke Stadium Shah Alam dengan mahukan kemenangan tetapi aksi di atas padang tidak menggambarkan keinginan mereka untuk meraih tiga mata. Beliau juga mahukan rakan sepasukan untuk segera memperbaiki segala kelemahan agar tidak dibolosi dengan mudah pada perlawanan seterusnya.

Dengan keputusan seri semalam, PKNS FC kekal menghuni tangga keenam dengan kutipan 20 mata, empat mata di belakang pasukan Terenggau Fc dan satu mata di hadapan pasukan Kuala Lumpur.

Bagi pasukan bimbingan Nazliazmi Nasir pula, mereka juga mengekalkan kedudukan dengan berada di tangga kelapan, satu mata di belakang Kuala Lumpur dan satu mata di hadapan pasukan PKNP FC dan Melaka United.

Apa pendapat anda mengenai keputusan seri diantara pasukan Selangor yang menentang PKNS FC semala ? Adakah wajar ketua pasukan PKNS FC, Safee Sali berang dengan barisan pertahanan pasukan beliau yang melepaskan dua gol mudah pada perlawanan semalam ?

Dan mampukah Selangor bangkit pada perlawanan seterusnya apabila mereka akan menentang pasukan Perak di Cheras pada 19 Jun ini ?

Baca Juga: Peluang Selangor Rampas Kedudukan PKNS FC

Leave a Reply