Sumber Gambar: theguardian

Pemain pertahanan Rusia, Ilya Kutepov menyatakan bahawa dia tidak takut sama sekali dengan Luis Suarez pada pertemuan di antara Rusia dan Uruguay nanti.

Kutepov bersama pasukan Rusia akan menentang Uruguay pada 25 Jun ini di Samara dalam perlawanan terakhir dalam Kumpulan A Piala Dunia 2018.Di mana Kutepov akan di tugaskan untuk menjaga pernyerang berbisa Barcelona itu.

Pada Kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil, Suarez dihukum selama  4 bulan dilarang bermain di mana-mana pertandingan bola sepak selepas mengigit pemain pertahanan Itali, Grigorio Chiellini semasa melawan Itali.

Ini merupakan kali ketiga Luis Suarez dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama. Sebelum ini, Suarez telah  mengigit pemain lawan ketika bermain untuk AJAX dan sekali lagi semasa bersama Liverpool.

Luis Suarez

Sumber Gif: Giphy

Adakah saya takut menghadapi Suarez? Tidak sama sekali. Sekiranya perlu, saya akan mengigitnya sendiri”, kata Ilya Kutepov pada sidang akhbar  hari Rabu, selepas seri 1-1 dengan Turki di Moscow.

Kutepov beralih pada Mohamed Salah. Walaupun mengalami kecederaan yang bahu yang serius di perlawanan Akhir Liga Juara-Juara selepas di jatuhkan oleh Sergio Ramos. Mohamed Salah mempercayai bahawa dia boleh bersama pasukannya pada 19 Jun ini di St Petersburg.

Adakah Mohamed Salah membimbangkan saya? Tidak. Bagaimana anda boleh menghentikannya?Sergio  Ramos contohnya. Dia menunjukkan kepada kita cara mengatasinya. Saya berharap agar Mohamed Salah pulih secepat mungkin.”  kata Ilya Kutepov mengenai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira jika dia bermain di Piala Dunia. Apabila anda bermain menentang genius seperti itu, anda akan berkembang, ” tambahnya.

Sumber: rt.com

Baca lagi : (Piala Dunia) Mohamed Salah Kini Dalam pasukan Egypt!

Leave a Reply