Sumber Gambar: The Sundaily

Dua hari saja lagi untuk kita menyaksikan tirai Piala Dunia 2018 dibuka. Berbaki dua hari ini, di sini kami mahu menyenaraikan buat anda 10 pemain termahal yang akan beraksi di Rusia nanti. Pemain mana yang masuk Top 10 ni ?

1. Neymar (€310 Juta)

Sumber Gambar: Afro Worldview

Pemain termahal yang akan beraksi di Piala Dunia nanti sudah tentu pemain sayap Brazil iaitu Neymar. Pemain berusia 26 tahun ini mnyertai PSG daripada Barcelona musim lalu dengan yuran tertinggi dalam dunia bola sepak iaitu €222 Juta.

2. Kylian Mbappe (€180 Juta)

Sumber Gambar: The Irish Time

Pemain kedua termuda dalam temasya kali ini menjadi pemain kedua termahal setelah yuran perpindahan yang dibayar PSG untuk mendapatkan khidmat beliau.

3. Angel Di Maria (€179m)

Sumber Gambar: FIFA

Perpindahan dari Real Madrid ke Manchester United sebesar €75 juta dan kemudiannya ke PSG sebesar €75 juta meletakkan Di Maria di tangga ketiga.

4. Gonzalo Higuain (€141 Juta)

Sumber Gambar: The Siren Song

Perpindahan ke Napolis sebesar €39 juta diikuti dengan perpindahan ke Juventus dengan nilai €90 juta meletakkan Higuain di tangga keempat.

5. James Rodriguez (€140 Juta)

Sumber Gambar: The Evening Standard

Perpindahan ke Real Madrid dari AS Monaco pada 2015 meletakkan James di tangga kelima. Beliau kemudiannya menyertai Bayern Munich secara pinjaman.

6. Romelu Lukaku (€138 Juta)

Sumber Gambar: The Peoples Person

Yuran €70 juta yang dibayar oleh Manchester United untuk khidmat Lukaku meletakkan penyerang Belgium ini di tangag keenam.

7. Philippe Coutinho (€136 Juta)

Sumber Gambar: Barca Blagranes

Menyertai Barcelona pada pertengahan musim lalu, yuran sebesar €120 juta sudah cukup untuk meletakkan Coutinho di tangga ketujuh.

8. Ousmane Dembele (€130)

Sumber Gambar: Topmercato.com

Pemain sayap Perancis ini menjadi pemain kedua termahal Barcelona apabila berpindah dari Borussia Dortmund dengan yuran €105 juta.

9. Luis Suarez (€116 Juta)

Sumber Gambar: DNA India

Luis Suarez menyertai Barcelona daripada Liverpool pada 2015 dengan harga €82.3 juta. Sebelum itu, Suarez menyertai Liverpool pada 2012 dengan yuran €32 juta dari Ajax Amsterdam.

10. Cristiano Ronaldo (€113 Juta)

Sumber Gambar: The Nasional

Pemain terbaik dunia ini berada di tangga kesepuluh. Perpindahan beliau ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran €80 juta meletakkan beliau di posisi ini.

Itulah dia 10 pemain termahal yang akan beraksi dalam temasya Piala Dunia kali ini. Pemain mana yang menurut anda akan mencipta impak ?

Baca Juga: Bintang Brazil, Siapa Gaji Paling Tinggi ?

Leave a Reply