Sumber Gambar: Stadium.my

Perebutan untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan diisi oleh Datuk Hamidin Mohd Amin dan Tan Sri Annuar Musa setelah Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menolak untuk bertanding. Di sini, penulis nak tanya kepada Tan Sri Annuar. Boleh ke beliau memberkan sepenuh fokus jika memenangi dua jawatan selepas ini ?

Selain bertanding jawatan sebagai Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa juga mencalonkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau mengesahkan perkara ini pada 9 Jun lalu.

Penulis berpendapat Tan Sri Annuar harus memilih salah satu daripada dua persatuan di atas. Kalau beliau nak fokus dengan dunia bola sepak, maka beliau boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk memenangi jawatan Presiden FAM.

Akan tetapi, jika beliau masih lagi mahu terlibat dalam bidang politik, maka tak usahlah bertanding jawatan presiden FAM. Cukup-cukuplah ahli politik menggunakan bola sepak sebagai medium untuk mereka mendapatkan sokongan daripada rakyat jelata.

Presiden FAM yang akan dipilih nanti haruslah bebas dari segala tugasan politik dan menumpukan sepenuhnya perhatian beliau kepada bola sepak Malaysia. Presiden baru mestilah memiliki manifesto tentang bagaimana nak memajukan bola sepak Malaysia ini.

Yang paling penting adalah pasukan kebangsaan kita. Presiden harus mempunyai pelan jangka masa panjang bagi memastikan mutu pasukan kebangsaan kita meningkat.

Di sini penulis bukan nak menafikan pengalaman yang dimiliki oleh Tan Sri Annuar dalam arena bola sepak Malaysia. Akan tetapi, badan induk bola sepak negara tidak sesuai diisi dengan ahli politik sekiranya Tan Sri Annuar memenangi kedua-dua jawatan tersebut.

Walau apa pun, mari kita nantikan manifesto daripada kedua-dua calon ini. Kita tengok sama ada mereka mempunyai manifesto yang kukuh untuk menaikkan lagi kualiti bola sepak Malaysia ataupun tidak.

Baca Juga: Siapa Yang Layak Menjadi Presiden FAM Yang Baru ?

Leave a Reply