Sumber Gambar: Perak TBG

Kemenangan ke atas Negeri Sembilan minggu lalu sedikit-sebanyak memberikan nafas lega buat pasukan Perak setelah keciciran mata pada dua perlawanan sebelumnya ketika menentang Johor Darul Ta’zim dan Negeri Sembilan. Berada di tangga kedua, mereka tidak boleh membuat kesilapan dan harus mengekalkan momentum kemenangan jika mahu mengejar JDT.

Sebelum bertemu JDT pada awal bulan ini, Perak berjaya memenangi tiga daripada empat perlawanan sebelumnya. Anak-anak buah Mehmet Durakovic juga berada tidak jauh di belakang juara bertahan Liga Super ini dalam carta Liga ketika itu.

Akan tetapi, kekalahan kepada JDT dan keputusan seri ketika menentang Negeri Sembilan membuatkan mereka jatuh ke tangga ketiga sebelum berjaya kembali menduduki tangga kedua selepas menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Perak.

Perak kini berada lapan mata di belakang JDT dalam carta Liga Super. Malam ini, kedudukan tersebut mungkin berubah apabila JDT akan berjunjung ke Darul Makmur bagi menghadapi pasukan Pahang.

Apa yang pasti, Perak perlu terus mengekalkan momentum kemenangan sambil mengharapkan Johor Darul Ta’zim keciciran mata pada perlawanan Liga yang seterusnya. Perak akan menentang Selangor di Cheras pada 19 Jun dan kemudiannya akan melayani kunjungan pasukan Kelantan pada 26 Jun.

Anak-anak buah Mehmet Durakovic wajib untuk mengutip mata penuh dalam kedua perlawanan ini sebelum mereka menerima kunjungan JDT pada 11 Julai. Perlawanan menentang JDT di laman sendiri ini merupakan satu peluang keemasan buat Perak untuk menyekat anak-anak buah Raul Longhi daripada meraih gelaran Liga Super lebih awal.

Penulis melihat peluang Perak untuk merangkul trofi Liga Super musim ini masih lagi terbuka. Hanya saja mereka tidak boleh melepaskan mudah pada perlawanan Liga yang akan datang. Mereka perlu mengutip mata yang telah dilepaskan pada perlawanan sebelum ini.

Apa pendapat anda mengenai peluang Perak untuk mencabar Johor Darul Ta’zim bagi mahkota Liga Super musim 2018 ? Adakah Peluang Perak masih lagi terbuka ? Ataupun mereka sudah terlalu jauh ketinggalan di belakang JDT ?

Baca Juga: Kemenangan Hidupkan Kembali Persaingan

Leave a Reply