Sumber Gambar: Asiana.my

Pasukan pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim berjaya melakar kemenangan ke atas Pahang semalam bagi meluaskan lagi jarak mata mereka. Akan tetapi, dalam perlawanan semalam, Safiq Rahim atau Chopot sekali lagi tidak diturunkan dalam kesebelasan utama. Apa sudah jadi?

Sudah enam perlawanan ketua jurulatih JDT, Raul Longhi tidak menurunkan ketua pasukan paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia itu. Longhi lebih gemar untuk menggunakan pemain lain bagi mengisi bahagian tengah pasukan.

Dengan ketiadaan Safiq dalam kesebelasan utama JDT, ianya sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya. Adakah Safiq sedang mempunyai masalah dengan Raul Longhi sehinggakan beliau tidak lagi menjadi pilihan untuk mengisi barisan tengah pasukan?

Sebelumnya, Safiq sememangnya menjadi pilihan utama jurulatih untuk diturunkan bagi mengisi bahagian tengah. Dari awal mula beliau menyertai JDT pada 2013, muka Safiq Rahim akan sentiasa menghiasi posisi tengah.

Walaupun beliau tidak diturunkan, namun ianya hanya melibatkan perlawanan yang tidak memberikan impak besar buat JDT seperti perlawanan menentang pasukan bawahan.

Kami berpendapat ada dua kemungkinan mengapa Safiq tidak lagi menjadi pemain pilihan di JDT. Yang pertama, Longhi mahu menggunakan adunan baru bagi membarisi posisi tengah pasukan. Beliau mahu pemain muda seperti Afiq Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Syamer Kutty Abba untuk mula menjadi pemain yang selalu membarisi kesebelasan utama pasukan.

Yang kedua ialah Safiq mempunyai masalah dengan Longhi. Mungkin corak latihan yang diterapkan oleh Longhi tidak bersesuaian dengan gaya Safiq Rahim.

Atau mungkin juga Safiq mula menimbulkan masalah sehingga menyebabkan Longhi tidak berpuas hati dengan beliau.

Apa penyebab Safiq tidak lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan JDT? Jawapan kepada persoalan tersebut hanya boleh dijawab oleh Longhi dan chopot sendiri. Apa yang pasti, kehilangan beliau daripada kesebelasan utama mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat.

Apa pendapat anda mengenai Safiq Rahim yang tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatih Johor Darul Ta’zim? Menurut anda, apa penyebab Longhi enggan untuk menurunkan Safiq dalam kesebelasan utama?

Baca Juga: Perlawanan Yang Menentukan Nasib Pahang

Leave a Reply