Sumber Gambar: Kelantan FA

Setelah Fajr Ibrahim melarikan diri, pasukan Kelantan sekali lagi dilatih oleh Yusri Che Lah. Pada perlawanan menentang Kedah di bawah kendalian Yusri, Kelantan berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Kami berpendapat KAFA boleh mengekalkan khidmat yusri sehingga hujung musim ini.

Mengapa kami berpendapat sedemikian ? Ini kerana Kelantan sudah tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan jurulatih baru. Mereka kini berada di tangga tercorot dalam carta Liga. Kelantan berada dua mata di belakang Negeri Sembilan dan enam mata di belakang pasukan Melaka United.

Apa yang boleh dilakukan ketika ini ialah memberi sepenuh kepercayaan kepada Yusri untuk menyelamatkan Kelantan daripada terjatuh ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Ketika perlawanan menentang Kedah, kita boleh lihat sedkit peningkatan dalam corak permainan pasukan Kelantan.

Para pemain lebih berdisiplin dan dilihat memahami apa yang dimahukan oleh Yusri. Jauh berbeza berbanding ketika dibawah kendalian Fajr Ibrahim. Para pemain dilihat seperti tidak selesa dan bergelut dengan corak permainan yang diterapkan.

Bagi memperjuangkan nasib mereka dalam saingan Liga Super musim ini, Kelantan akan menghadapi PKNS FC pada 19 Jun ini diikuti dengan pasukan Perak pada 26 Jun. Kelantan wajib memenangi dua perlawanan ini sambil mengharapkan Negeri Sembilan dan Melaka United keciciran mata.

Jika gagal untuk mengutip mata penuh dalam dua perlawanan ini, manakala Negeri Sembilan dan Melaka United berjaya mengutip tiga mata penuh, maka peluang Kelanta untuk keluar dari zon penyingkiran semakin sukar.

Walau apa pun, beri peluang kepada Yusri Che Lah untuk membimbing pemain Kelantan berjuang menyelamatkan nasib pasukan dalam saingan Liga Super musim ini. Dengan barisan pemain sedia ada, tidak mustahil Kelantan boleh mencipta kebangkitan dengan keluar dari zong penyingkiran.

Apa pendapat anda mengenai prestasi pasukan Kelantan di bawah bimbingan Yusri Che Lah ? Adakah khidmat beliau wajar dikekalkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sehingga hujung musim ini ?

Baca Juga: Kelantan Tidak Perlukan Fajr Ibrahim

Leave a Reply