Sumber Gambar: Borneo Post Online

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais mempersoalkan kehilangan wang sebesar RM91 Juta daripada peti persatuan tersebut. Beliau mahukan penjelasan mengapa wang sebanyak itu boleh lesap.

Dato Posa juga menyatakan beliau mempunyai bukti kukuh terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa indivdu termasuk pemimpin negeri dengan menggunakan nama FAS. Selain itu, beliau mempunyai rekod pembayaran dibuat kepada FAS bagi jumlah yang diperoleh menggunakan nama FAS dari tahun 2015 hingga 2016.

Tambah Dato Posa lagi, beliau tiada piliha lain melainkan mendedahkan salah laku yang terjadi dalam FAS. Dato Posa juga mahukan pihak tertentu untuk berhenti menggunakan nama FAS demi meraih kepentingan peribadi.

Selama ini, FAS telah menafikan segala tuduhan dan penghinaan daripada pihak luar yang menganggap adanya penggelapan yang berlaku dalam persatuan itu.

Berkaitan kehilangan wang sebanyak RM91 juta ini, Dato Posa akan melaporkan perkara ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kemana hilangnya wang ini.

Dato Posa menyedari tindakan beliau yang akan melaporkan perkara ini kepada SPRM akan menyebabkan pihak yang terlibat tidak boleh duduk dengan tenang. Namun, sebagai presiden persatuan, beliau perlu mengekalkan reputasi FAS sebagai persatuan dengan integriti.

Jika kita lihat kepada jumlah yang hilang itu, sememangnya satu jumlah wang yang sangat besar. Anda boleh bayangkan apa yang Sarawak boleh lakukan dengan wang sebanyak itu.

Sarawak akan menjadi salah satu kuasa besar dalam bola sepak Malaysia. Mereka tidak akan bermain dalam saingan Liga Perdana seperti sekarang ini melainkan bermain dalam saingan Liga Super. Bukan hanya itu, Sarawak berkemungkinan akan mencabar kejuaraan Liga Super disamping pauskan JDT, Perak dan juga Pahang.

Walau apa pun, diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dan FAS mendapatkan semula hak mereka bagi menguruskan pasukan Sarawak. Dengan keadaan sekarang, Sarawak perlukan dana untuk menampung kos perbelanjaan pasukan.

Apa pendapat anda mengenai kehilangan wang sebanyak RM91 Juta dari kantung Persatuan Bola Sepak Sarawak ?

Baca Juga: Sarawak Bekerjasama Dengan Perth Glory

Leave a Reply