Sumber Gambar: thebubble.com

Ada superstar dan ada bintang yang semakin meningkat. Ada veteran yang berpengalaman dan ada permata yang tersembunyi. Kemudian ada yang mencari peluang terakhir untuk menebus maruah bagi menghidupkan kembali kerjaya yang merudum.

Piala Dunia adalah “showcase” bagi semua orang dan sesiapa saja. Tetapi bagi sesetengah pemain, ia lebih kepada peluang terakhir untuk menyelamatkan kerjaya mereka daripada memenangi Piala Dunia. Tetapi di Piala Dunia ini macam-macam yang boleh terjadi. Kerjaya mereka mungkin akan lebih tenggelam jika mereka mempamerkan prestasi buruk dalam kejohanan ini.

Dalam senarai ini, mari kita lihat 10 pemain yang mana Piala Dunia ini boleh menjadi peluang terakhir untuk menebus kembali maruah mereka dengan membuktikan kepada semua akan kehebatan yang mereka miliki.

10 ) Ahmed Musa (Nigeria)

Terkenal dengan kepantasannya, Ahmed Musa pernah dianggap sebagai penyerang terbaik Afrika dan perpindahan dia ke Liga Juara Liga Perdana di Leicester City pada tahun 2016 ketika itu kelihatan seperti kerjayanya akan meningkat naik. Walau bagaimanapun, selepas hanya berjaya menjaringkan lima gol dalam 33 perlawanan dalam tempoh 18 bulan, dia telah dipinjamkan ke kelab lamanya, CSKA Moscow.

Maruah

Sumber Gambar: Connect Nigeria

Langkah untuk kembali ke Rusia memang tepat untuk Musa. Dalam tempoh 6 bulan bersama CSKA dia telah menjaringkan 9 gol dalam 23 perlawan.  Sedikit-sebanyak dia dapat menebus maruah di sana. Nigeria memerlukan dia untuk berada dalam prestasi yang baik untuk mempunyai peluang melepasi tentangan Argentina, Iceland dan Croatia dalam apa yang dijuluki sebagai kumpulan maut tahun ini.

9 ) Adnan Januzaj (Belgium)

Satu ketika dulu Januzaj dikatakan sebagai pewaris Jersi nombor 11 ikonik Manchester United.  Namun tanggapan itu ternyata meleset kerana Januzaj tidak lebih daripada “one-season wonder“. Prestasi terbaik yang dipamerkan adalah ketika berada di bawah bimbingan David Moyes yang mengurus Manchester United selama 9 bulan sebelum digantikan dengan Louis Van Gaal. Di bawah kendalian Van Gaal, Januzaj telah dijual ke Real Sociedad. Pemain muda Belgium itu gagal mengulangi kembali prestasinya yang membuat Manchester United menyerahkan baju ikonik nombor 11 itu.

Maruah

Sumber Gambar: Daily Star

Semusim sebelum Piala Dunia Januzaj telah menunjukkan prestasi yang baik untuk dia dipanggil menyertai skuad akhir Belgium ke Piala Dunia Rusia.  Prestasinya meningkat tepat pada masanya. Januzaj baru berusia 23 tahun, Piala Dunia kali ini gelanggang untuk dia menebus maruahnya yang tercalar. Jika dia dapat mempamerkan prestasi yang hebat pada Piala Dunia kali ini, ia akan dapat mengembalikan perjalanan kariernya yang cerah 4 tahun dahulu dengan menarik perhatian kelab yang lebih besar semasa musim panas ini.

8 ) Alan Dzagoev (Russia)

“Playmaker” Rusia berbadan kecik Alan Dzagoev, pernah digelar Lionel Messi dari Rusia. Walau bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu gagal membuktikan kebenaran kepada gembar-gembur itu sepanjang kariernya. Sekarang beliau telah bermain untuk CSKA Moscow selama 10 tahun. Kecederaan yang silih berganti tidak membantu dalam perkembangan kariernya, walaupun dia telah menunjukkan kehebatannya sekali-sekala di CSKA. Kini dia pemain antarabangsa Rusia yang berpengalaman, dengan 57 “caps” dan sembilan gol buat dirinya. Dia mempunyai keupayaan untuk membuka kunci mana-mana pertahanan, sambil memperbudakkan pemain-pemain pertahanan di hari terbaiknya.

Maruah

Sumber Gambar: Zimbio

Peluang untuk menebus maruah di peringkat antarabangsa kini dihapan Dzagoev. Bersama CSKA dia telah meledakkan 74 gol dan 88 “assists” dalam 331 penampilan. Satu rekod yang boleh dibanggakan.  Piala Dunia kali ini adalah masanya untuk Dzagoev membuat satu langkah besar demi kariernya dengan memberi permainan yang terbaik untuk Rusia.  Mungkin dia boleh mengikut jejak langkah rakan Rusianya yang berpindah ke Arsenal selepas berjaya di Euro 2008.

7 ) Fernando Muslera (Uruguay)

Penjaga gol nombor satu Uruguay buat bertahun-tahun ini dianggap sebagai salah satu penjaga gol terbaik di luar liga-liga terkemuka Eropah.  Beliau telah menjaga gawang gol untuk gergasi Turki Galatasaray sejak tujuh tahun terakhir ini. Dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke liga-liga terkemuka Eropah sudah banyak kali tetapi tetap memilih untuk bersama di kelab Istanbul itu. Walau bagaimanapun, kini kemasyhurannya semakin merudum dan berada di tahap yang paling rendah dengan ramai yang mendakwa bahawa, pada 31, dia sudah tidak boleh beraksi dengan baik lagi.

Maruah

Sumber Gambar: Wikipedia

Pemain antarabangsa yang berpengalaman dengan 97 “caps” untuk Uruguay. Dia juga telah membuat hampir 400 penampilan kelab senior. Persembahan yang berinspirasi di Rusia nanti akan dapat memebus maruah Muslera yang tercalar dan memberi peluang kepada kebangkitan kariernya dengan satu langkah terakhir ke kelab Eropah yang lebih besar.

6 ) Raphaël Guerreiro (Portugal)

Guerreiro pemain bek kiri kelahiran Perancis dikatakan sebagai keuntungan besar untuk Portugal, ketika beliau memilih untuk bermain untuk orang Iberia. Dia adalah sebahagian daripada skuad pemenang Kejohanan Eropah 2016 dan menyertai Borussia Dortmund pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, kecederaan telah mengecewakan kemajuan pemain berusia 24 tahun itu, yang hanya membuat penampilan liga sebanyak sembilan kali (6 sebagai kesebelasan utama) sepanjang musim lalu.

Maruah

Sumber Gambar: Revier Sport

Pada hari dia bermain dengan baik, dia merupakan ancaman utama bagi mana-mana pasukan, seperti yang ditunjukkan semasa musim pertamanya di Jerman ketika dia menjaringkan tujuh gol dan sembilan “assist” dalam 35 penampilan keseluruhan. Guerreiro yang cergas sepenuhnya akan menjadi aset utama bagi pasukan Portugal dan untuk Dortmund musim depan.

5 ) William Carvalho (Portugal)

Mula membuat nama sebelum Piala Dunia 2014, ramai yang mengharapkan pemain tengah Sporting Lisbon, William Carvalho menjadi salah seorang pemain terbaik dunia. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Piala Dunia 2014 Portugal yang kalah mengejut di peringkat kedua kejohanan ketika itu. Dua tahun kemudian, dia merupakan salah seorang watak penting ketika Portugal memenangi Euro di Perancis, bermain sepanjang 120 minit pada perlawanan akhir.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka berpindah ke sebuah kelab yang lebih besar selepas Euro 2016 tetapi dia kekal di Sporting Lisbon dan kini menjadi kapten kelab itu. Euro 2016 gagal menaikan sahamnya. Persembahan yang baik di Piala Dunia kali ini  mungkin dapat menarik minat kelab-kelab besar Eropah untuk menandatangani beliau dan sekali gus menebus maruah pemain ini untuk memenuhi potensinya yang digembar-gemburkan itu.

Maruah

Sumber Gambar: Reuters

4 ) Milan Badelj (Croatia)

Pada usia 29 tahun, pemain tengah Croatia, Milan Badelj baru saja meninggalkan Fiorentina dengan perpindahan percuma. Badelj dianggap sebagai salah satu prospek muda yang terbaik di dunia apabila beliau berpindah ke Hamburg pada tahun 2012, tetapi dia gagal untuk memenuhi potensi yang sememangnya dia miliki.

Maruah

Sumber Gambar: Reuters

Sebagai ejen bebas, dia mungkin tidak menerima sebarang tawaran sehingga selepas Piala Dunia berakhir. Persembahan yang mengagumkan bersama pasukan Croatia mungkin dapat menghasilkan minat dari kelab-kelab utama Eropah.

3 ) Younes Belhanda (Maghribi)

Apabila Belhanda membantu Montpellier untuk memenangi Lique 1 Perancis buat kali pertama pada 2011/2012, ramai menaruh harapan yang tinggi kepada beliau. Namun sejak itu, kariernya tidak berjalan seperti yang dirancang. Kini berusia 28 tahun, “playmaker” Maghribi ini bermain untuk Galatasaray. Piala Dunia tahun ini merupakan peluangnya yang terakhir untuk menebus maruah dan berpindah ke kelab-kelab elit Eropah.

Maruah

Sumber Gambar: Reuters

Dua musim terakhir kerjayanya adalah musim yang terbaik Belhanda sejak zaman Montpelliernya. Belhanda membantu Nice melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada 2017 sebelum memenangi Super Lig Turki dengan Galatasaray musim lalu. Maghribi memerlukan dia untuk persembahan yang mengagumkan jika mereka layak ke peringkat kedua dari sebuah kumpulan yang ada Sepanyol dan Portugal.

2 ) Marcos Rojo (Argentina)

Kecederaan dan prestasi yang buruk telah membatasi Rojo di Manchester United musim lalu apabila dia hanya tampil dalam 9 perlawanan liga. Walau bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu menjadi pemain utama dalam barisan pemain Argentina untuk bertahun-tahun sebelum ini. Mampu bermain di posisi pertahanan tengah dan bek kiri, Rojo telah berada di Old Trafford selama empat tahun. Setelah hanya membuat 68 penampilan Liga Perdana dalam empat tahun di United, dia gagal menonjol dalam barisan pertahanan yang boleh dikatakan “average”.

Maruah

Sumber Gambar: Reuters

Sekiranya Jose Mourinho beranggapan yang Rojo sudah tidak ada tempat lagi di Manchester United, menjadi tugas sebagai sebahagian dari pertahanan Argentina di Piala Dunia mungkin menjadi peluang Rojo untuk menarik perhatian kelab lain. Rojo perlu bangkit dan menyerlahkan diri untuk memeterai perpindahan ke kelab lain sekiranya betul masanya di Old Trafford sudah sampai ke penghujungnya.

1 ) Koke (Sepanyol)

Persembahan Atletico Madrid ketika beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2014 dan 2016 menyaksikan satu usaha berpasukan yang menakjubkan dengan Koke sebagai salah satu pemain terhangat mereka. Dalam Liga Juara-Juara Eropah sahaja, beliau menjaringkan tujuh gol dan 18 “assists” pada kempen 2013/14 dan 17 “assists” pada 2016. Bagaimanapun, prestasinya merosot dalam dua musim yang lalu apabila dia hanya berjaya menjaringkan 11 gol dan 17 “assists” dalam 105 penampilan keseluruhan kedua-dua musim tersebut. Untuk kembali menyengat dengan permainan taktikal yang menarik seperti tahun 2013-2016, Atletico memerlukan pemain utama mereka ini untuk kembali ke prestasi terhangat beliau.

Jika Koke dapat mencari kembali sentuhan yang membuatnya menjadi salah satu pemain tengah yang paling dinobatkan di seluruh Eropah beberapa tahun yang lalu, Sepanyol akan mempunyai “wildcard” di tangan mereka. Piala Dunia juga akan menjadi gelanggang kebangkitan Koke untuk menebus maruah dengan menjaringkan gol kembali setelah gagal untuk menjaringkan sebarang gol untuk “La Roja” sepanjang 40 penampilan.

Maruah

Sumber Gambar: Reuters

Piala Dunia dikatakan gelanggan untuk menaikkan dan memecahkan kerjaya pemain-pemain. Adakah mana-mana pemain ini mempunyai kudrat untuk menebus balik maruah mereka yang tercalar? Ini adalah gelanggang yang terbesar dan yang paling tidak dapat diramalkan dalam kesemua kejohanan bola sepak. Tidak lupa juga yang peluang ini membuktikan diri ini hanya datang setiap empat tahun. Tidak ada ruang untuk kesilapan lagi sekiranya pemain-pemain ini mahu menjadi salah satu permata yang digilapkan semula oleh Piala Dunia.

ANDA MUNGKIN MINAT UNTUK BACA: 5 Underdogs Buat Kejutan Piala Dunia

Leave a Reply