Beberapa hari sebelum berangkat ke Russia, skuad Mexico dikejutkan dengan skandal pemain-pemain mereka berparti dengan pelacur. Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio mengatakan bahawa beliau tidak akan menghukum pemain yang berparti tersebut kerana ianya berlaku di luar jadual latihan mereka.

Namun begitu, dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum menuju ke Russia, skuad Mexico sebenarnya beraksi dalak keadaan yang kurang fokus. Mereka juga nampak lesu dan tidak bermotivasi. Mungkin skandal tersebut sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada skuad mereka.

Juan Carlos Osorio biasanya akan membariskan formasi 3-4-3 sebagai asas permainan beliau dengan penekanan diberikan kepada serangan melalui bahagian sayap. Mereka mempunyai pemain pantas Miguel Layun di kanan dan bintang muda PSV, Hirving Lozano di bahagian kiri. Bahagian tengah dan serangan Mexico kerap kelihatan buntu dalam mencipta gerakan akibat kurangnya pergerakan di kawasan halfspace.

Kebanyakan serangan mereka akan datang dari bahagian flank sambil mengharapkan poacher mereka Javier Hernandez dapat melakukan sesuatu di hadapan.

Agak mengecewakan melihat pasukan ini berjaya di peringkat junior tetapi gagal untuk membentuk skuad yang mantap di peringkat senior. Pasukan Mexico kali ini sepatutnya dibarisi pemain-pemain dsri pasukan juara dunia bawah 17 tahun 2005 dan 2011. Mexican Football Federation harus bertanya pada diri mereka sendiri apa yang terjadi pada bakat-bakat mereka. Adik-beradik Dos Santos, Carlos Vela gagal memenuhi potensi mereka di Barcelona dan Arsenal, Diego Reyes mereput di bench FC Porto, sementara Julio Gomez, Jonathan Espericueta dan Carlos Fierro hanya menjadi lagenda Football Manager.

Key Player: Rafael Marquez

Kelebihan:
i) Hadir sebagai underdog.
ii) Rafael Marquez leader terbaik di dalam dan di luar padang.

Kelemahan:
i) Skandal yang melanda menjelang Piala Dunia menganggu fokus pasukan.
ii) Sistem permainan mereka terlalu flat. Tiada percikan kreativiti dalam pasukan walaupun mempunyai individu-individu berteknikal tinggi.
iii) Diundi dalam kumpulan yang sukar.

Ramalan Penulis: Terkandas di peringkat kumpulan.

 

Gambar: foxsports

Leave a Reply