Sumber Gambar: Evening Standard

Bekas pemain skuad kebangsaan Itali, Andrea Pirlo menilai Lionel Messi boleh dikatakan sejajar dengan Diego Maradona. Syaratnya, Messi perlu menjuarai Piala Dunia.

Aksi gelecekan yang dipamerkan oleh Messi di skuad kebangsaan pasukan Argentina kerap dibandingkan dengan Maradona. Maklum lah, keduanya sama-sama berpotensi di peringkat kelab antarabangsa. Namun Maradona dianggap masih berada di kedudukan teratas berbanding Messi kerana Maradona telah menjulang trofi Piala Dunia, sementara buat Messi masih belum kesampaian.

Messi sepatutnya mempunyai peluang yang besar untuk menjulang trofi Piala Dunia pada edisi 2014 yang lalu. Namun sayang pasukan Argentina kalah dari Jerman dengan keputusan 0-1 pada perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

“Messi selalu dibandingkan dengan Maradona, tetapi dia perlukan trofi Piala Dunia sebab jika Messi tidak dapat akan trofi tersebut, Anda tak boleh bandingkan Messi sejajar dengan yang terbaik,” kata Pirlo yang dipetik dari akhbar Goal. Pirlo menganggap Piala Dunia 2018 penting buat Messi. “Ini akan jadi kejohanan penting  buat Messi sendiri dan Argentina untuk menjadi juara Piala Dunia di Rusia,” kata Pirlo.

Menurut Pirlo juga,  Piala Dunia 2018 akan menjadi kejohanan penentuan pasukan Argentina. Namun Pirlo meramalkan pasukan Argentina akan bakal bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Saya fikir mereka akan bermain lebih baik di Rusia, terlepas dari kekalahan besar ke atas pasukan Sepanyol di peringkat kelayakkan,” kata Pirlo.

“Argentina mepunyai ramai pemain bagus dan jika mereka bermain dengan baik, Argentina akan tampil dengan permainan yang maksimum,” tambah Pirlo.

Argentina digabungkan  di dalam kumpulan D bersama pasukan Iceland, Croatia, dan Nigeria. Di banding kan dengan pasukan lawan mereka dalam kumpulan D, Argentina berada di atas kertas untuk mara ke peringkat seterusnya. Messi dan rakan seperjuangannya akan membuka tirai Piala Dunia dengan menghadapi pasukan Iceland di Otkritie Arena, Moscow, pada hari Sabtu (16/6/2018).

Sumber: Goal, Bola.com , Liputan6

Jangan terlepas untuk baca :8 Pemain Yang Dapat Trofi Ballon d’Or, Champions League, & Piala Dunia

Leave a Reply