Sumber Gambar: World Soccer Talk

Masa terburuk untuk membeli pemain adalah selepas kempen Piala Dunia yang cemerlang. Nilai mereka akan meningkat dan saiz sampel adalah kecil dan berpotensi tidak berkaitan dengan tuntutan kelab bola sepak. “Set-up” taktikal pemain ketika bermain untuk negara mungkin bertentangan dengan sistem yang digunakan oleh kelab-kelab. Tetapi pemain selalu berpindah ketika ini.

Terdapat juga pemain yang menyinar di peringkat antarabangsa tetapi gagal ketika bermain untuk kelab seperti pemain Chile Eduardo Vargas. Walau apa pun, Piala Dunia adalah sorotan kejohanan setiap 4 tahun dan terletak di tengah-tengah tingkap perpindahan musim panas yang meningkatkan profil pemain yang ternama dan yang tidak diketahui.

Persembahan Kasut Emas James Rodriguez di Piala Dunia 2014 untuk Colombia merupakan contoh utama bagaimana seorang pemain boleh membantu perjalanan profesionalnya dengan persembahan peringkat antarabangsa yang kuat. Pemain No.10 Los Cafeteros menggunakan penampilannya di Brazil untuk berpindah ke Real Madrid dengan harga € 63 juta tetapi tidak semua pemain yang berpindah pada musim panas selepas Piala Dunia mempunyai nasib yang sama seperti Rodriguez.

Berikut adalah 10 pemain yang dapat menterjemahkan prestasi Piala Dunia yang cemerlang dengan berpindah ke kelab yang lain.

Christian Eriksen (Denmark)

Berpindah

Sumber Gambar: REUTERS

Pilihan kedua selepas Harry Kane di Spurs, penyerang utama Denmark Eriksen bersinar dalam warna merah Hummel. Dengan tiadanya pasukan yang “favourite” untuk bersama Perancis ke pusingan kedua, satu persembahan yang “masterful” di Rusia hanya akan meningkatkan legenda pemain yang ditakdirkan untuk berpindah ke kelab utama Eropah. Pengerusi Tottenham Daniel Levy mungkin susah untuk menolak tawaran di sekitar £ 75 juta.

Anggaran yuran untuk berpindah: € 80 juta

Sergej Milinkovic-Savic (Serbia)

Berpindah

Sumber Gambar: Reuters

Dalam senarai pendek pemain yang akan berpindah kelab dengan harga lebih € 100 juta, pemain tengah Serbia Milinkovic-Savic adalah salah satu pemain yang terbaik musim ini di Serie A. Berbadan seperti lori beroda 18 tetapi diberkati dengan sentuhan selembut kapas, pemain berusia 23 tahun hampir tidak dapat disekat ketika bermain dengan Lazio. Pemain yang menggabungkan kemahiran-kemahiran bertaraf dunia yang patut mendapat bayaran perpindahan yang besar.

Anggaran yuran untuk berpindah: € 75 juta

Timo Werner (Germany)

Berpindah

Sumber Gambar: Reuters

Pemain penting dalam serangan Jerman, penyerang RB Leipzig yang berwibawa ini bersedia untuk mengikuti jejak langkah rakan-rakan Die Mannschaft yang telah membintangi peringkat terbesar bola sepak dunia. Seorang pemain Jerman akan muncul di tempat pertama atau kedua untuk piala Kasut Emas dalam empat edisi Piala Dunia yang lalu, dan dengan pemain seperti Mesut Ozil memberi hantaran-hantaran maut kepada pemain berusia 22 itu tahun ini, kita mungkin akan lihat pemain Jerman menguasai piala Kasut Emas.

Anggaran yuran untuk berpindah: € 60 juta

Goncalo Guedes (Portugal)

Berpindah

Sumber Gambar: Associated Press (AP)

 

Dengan kelab PSG ingin mendapatkan semula beberapa euro untuk mengelakkan penalti “Financial Fair Play”, penyerang Portugal Guedes boleh meneruskan prestasi cemerlangnya ketika dipinjam ke Valencia dengan satu persembahan yang baik di Rusia. Beliau akan menggunakan peluang yang sebaik mungkin dengan bermain disisi pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo.  Jika ini berlaku kelab Liga Perdana Inggeris Wolves yang terkenal sebagai lubuk pemain Portugis yang berkebolehan akan menghadapi cabaran untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun ini.

Anggaran yuran untuk berpindah: € 42 juta

Hirving Lozano (Mexico)

Berpindah

Sumber Gambar: Reuters

Ketika Hirving “Chucky” Lozano berpindah dari Pachuca ke PSV pada bulan Jun 2017, terdapat kegelisahan bahawa pemain sayap itu mampu meraih mendapat perpindahan berprofil tinggi. Setahun kemudian, apabila menjaringkan 17 gol dalam 29 perlawanan untuk PSV ia telah mencetuskan laporan mengenai perpindahan dengan harga mahal. Ini akan terlaksana jika dia dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang di Rusia nanti.

Anggaran yuran untuk berpindah: € 40 juta

ANDA MUNGKIN BERMINAT: Peluang Menebus Maruah Untuk 10 Pemain

 

 

Leave a Reply