Sumber Gambar: Team N9FC

Negeri Sembilan kini berada dalam zon penyingkiran dalam carta Liga Super musim ini. Setelah bangkit pada minggu ke-13 dan ke-14 ketika menewaskan PKNS FC dan seri dengan Perak. Akan tetapi, Negeri Sembilan gagal untuk mengekalkan momentum tersebut. Adakah Negeri Sembilan perlukan keajaiban untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan ?

Negeri Sembilan kini berada di tangga kesebelas dengan kutipan 12 mata. Satu mata dihadapan pasukan Kelantan dan lima mata dibelakang pauskan Melaka United. Minggu lalu, mereka berpeluang untuk mendekatkan jarak mata tersebut namun tewas di tangan pasukan Perak.

Ketika di bawah bimbingan Jorg Steinebrunner dan Azraai Khor, Negeri Sembilan gagal untuk mengutip keputusan yang positif dimana mereka hanya memenangi satu perlawanan iaitu ketika menewaskan Kuala Lumpur pada permulaan musim ini.

Setelah dibimbing oleh Mario Lemos, Negeri Sembilan dilihat mendapat ilham baru apabila bangkit dengan menewaskan pasukan Kelantan dan PKNS FC. Mereka kemudiannya seri ketika menentang Perak di Paroi.

Hasil daripada dua kemenangan tersebut, Negeri Sembilan berjaya keluar dari kedudukan tercorot dan menduduki tangga kesebelas mengatasi pasukan Kelantan.

Bagi memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan, pasukan bimbingan Mario Lemos perlu mengutip mata penuh ketika menentang pasukan Pahang pada 19 Jun dan pasukan Terengganu FC pada 27 Jun.

Selain mencatatkan kemenangan, Negeri Sembilan juga perlu mengharapkan Melaka United keciciran mata. Jika perkara ini berlaku, maka peluang Negeri Sembilan untuk kekal akan semakin terbuka.

Mario Lemos melaungkan keyakinan bahawa pasukan bimbingan beliau mampu untuk mengelak daripada terjatuh ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Beliau mengharapkan kehadiran semula tonggak yang mengalami kecederaan boleh membantu pasukan mengutip sebanyak mata yang boleh.

Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan Negeri Sembilan untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan ? Adakah mereka perlukan keajaiban untuk mengelak jatuh ke Liga Perdana setelah hanya semusim kembali bermain dalam saingan Liga Super ?

Baca Juga: Negeri Sembilan Teruskan Perjuangan Untuk Kekal

Leave a Reply