Sumber Gambar: The Telegraph

Pasukan Sepanyol bertindak memecat ketua jurulatih mereka, Julen Lopetegui setelah jurulatih berusia 51 tahun itu menerima tawaran Real Madrid untuk menjadi pengurus baru pasukan. Adakah dengan pemecatan Julen Lopetegui ini bakal menjejaskan peluang Sepanyol untuk memenangi trofi Piala Dunia kali ini?

Presiden Federasi Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales berkata pasukan terpaksa mengambil keputusan untuk memecat Lopetegui. Rubiales juga menambah bahawa pasukan mengucapkan terima kasih dan mengucapkan semoga berjaya kepada Lopetegui.

Keputusan yang diambil oleh RFEF ini nyata mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia. Para peminat menganggap Lopetegui akan mengemudi pasukan Sepanyol dalam saingan Piala Dunia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas sebagai pengurus Real Madrid.

Akan tetapi, Sepanyol mengambil pendekatan untuk menyingkirkan Looetegui daripada menjadi ketua jurulatih pasukan dan tugas beliau akan diganditikan dengan jurulatih baru.

Di sini penulis berpendapat Sepanyol telah mengambil langkah terburu-buru dengan memecat Lopetegui sebelum tirai Piala Dunia dibuka. Walaupun Rubiales cuba menafikan pemecatan Lopetegui ada kaitannya dengan tindakan Real Madrid yang melantik beliau sebelum sepak mula Piala Dunia, namun peminat percaya pemecatan Lopetegui ada kaitan dengan perkara tersebut.

Sekarang ini, dengan ketiadaan Lopetegui sebagai ketua jurulatih pasukan, pasukan Sepanyol akan dilatih oleh jurulatih baru bagi memba2a cabaran pasukan di Rusia nanti.

Bekas pemain pertahanan pasukan, Fernando Hierro dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru bagi menggantikan Lopetegui. Satu tugas yang besar menanti Hierro bagi memastikan para pemain dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan beliau.

Selain itu. Hierro perlu memastikan pasukan Sepanyol mampu untuk menjadi antara pasukan mencabar trofi Piala Dunia kali ini dengan menewaskan Portugal pada perlawanan pembukaan pada 16 Jun.

Apa pendapat anda mengenai pemecatan Julen Lopetegui yang secara tiba-tiba sebagai ketua jurulatih pasukan Sepanyol? Adakah ketiadaan beliau boleh menjejaskan peluang Sepanyol untuk memenangi trofi paling berprestij dalam dunia bola sepak ini? Mari kongsikan pandangan anda.

Baca Juga: Luis Monti, Dua Piala Dunia Bersama Dua Negara Berbeza

Leave a Reply