Sumber Gambar: Patch.com

Piala Dunia 2026 akan diadakan di benua Amerika Utara setelah pencalon bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico mengalahkan pencalonan Maghribi untuk menjadi tuan rumah. Pencalonan ‘United 2026’ dipilih oleh negara-negara anggota Fifa dan memenangi 134 undi berbanding 65 untuk Maghribi. Kejohanan 2026 akan menjadi Piala Dunia terbesar yang pernah diadakan dengan 48 pasukan bermain 80 perlawanan dalam tempoh 34 hari.

kata Presiden Bola Sepak Amerika Syarikat, Carlos Cordeiro menyatakan  “Bola sepak adalah satu-satunya pemenang, kami semua bersatu kerana bola sepak,”

“Terima kasih kerana penghormatan yang luar biasa ini dan mempercayakan kami dengan memberi kami keistimewaan ini.”

Daripada 211 negara anggota Fifa, 200 anggota telah mengundi pada Kongres Fifa ke-68 di Moscow pada hari Rabu, dengan pemenang memerlukan majoriti 104 undi. Kanada, Mexico, Maghribi dan Amerika Syarikat dikecualikan daripada mengundi, sementara Ghana tidak hadir selepas kerajaan negara itu mengatakan ia telah membubarkan persatuan bola sepaknya di tengah-tengah dakwaan “rasuah” yang meluas.

Tiga wilayah Amerika Syarikat iaitu Guam, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat dan Puerto Rico adalah antara negara anggota lain yang tidak mengundi. Kedua-dua negara Mexico (1970 dan 1986) dan Amerika Syarikat (1994) pernah menganjurkan Piala Dunia. Kanada pula pernah menganjur Piala Dunia Wanita pada tahun 2015.

Sejak kejohanan 2018 dan 2022 telah dianugerahkan kepada Rusia dan Qatar masing-masing pada Disember 2010, rasuah yang meluas dalam kancah bola sepak dunia telah didedahkan. Qatar telah membelanjakan £ 117 juta untuk memenangi pencalonan Piala Dunia 2022. Sementara bekas presiden Fifa, Sepp Blatter telah memberi gambaran bahawa ada perjanjian untuk Rusia menjadi tuan rumah kejohanan 2018 sebelum undian berlangsung.

Tokoh-tokoh terkemuka, termasuk Blatter, telah didakwa.  Akibatnya FIFA di bawah kendalian presiden Gianni Infantino menjanjikan undi yang “lebih terbuka dan telus” akan diadakan untuk menentukan hos Piala Dunia 2026. Telah diputuskan bahawa 22 orang ahli jawatankuasa eksekutif FIFA tidak akan lagi mengundi bagi pihak keanggotaan, seperti yang telah berlaku sebelum ini. Sebaliknya, kedua-dua pencalonan membuat persembahan akhir selama 15 minit di hadapan kongres sebelum negara-negara anggota FIFA mengundi.

Piala Dunia ‘United 2026’ akan menjana pendapatan sebanyak $ 14bn (£ 10.3bn) dan membuat keuntungan $ 11bn (£ 8.1bn) untuk FIFA. Daripada 16 bandar raya yang menganjurkan perlawanan, 10 merupakan bandar raya di Amerika Syarikat manakala bakinya akan dipecah sama rata antara Kanada dan Mexico. Enam puluh perlawanan akan diadakan di Amerika Syarikat, manakala Kanada dan Mexico akan menjadi tuan rumah untuk 10 perlawanan setiap satu. Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium MetLife yang berkapasiti 84,953, yang merupakan stadium “Home” buat pasukan NFL New York Giants dan New York Jets.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: Adakah Mexico Sudah Bersedia?

 

Leave a Reply