Sumber Gambar: Wolexis

Kapten pasukan skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo, tidak masuk dalam senarai “top scorer” Piala Dunia. Sehingga kini, penyerang Real Madrid itu masih meledak gol yang minimum dalam pesta kejohanan Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali ini.

Pelbagai rekod gol peribadi yang dijaringkan oleh Ronaldo di peringkat kelab ternyata tidak sama ketika Ronaldo membela negaranya. Ronaldo telah membuat penampilan bersama Portugal sebanyak 149 perlawanan dan telah mencetak jaringan sebanyak 81 gol. Akan tetapi ketika bermain di Piala Dunia, Ronaldo seperti kehilangan sengatnya. Ronaldo hanya menjaringkan hanya tiga gol dari tiga Piala Dunia yang sudah diikutinya.

Sementara itu, bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose, menjadi top scorer sepanjang masa di pentas Piala Dunia dengan meledak 16 gol dari empat edisi Piala Dunia yang telah diikutinya. Klose telah berjaya meleburkan rekod catatan 15 gol dari lagenda Brazil, Ronaldo Nazario, pada Piala Dunia edisi 2014. Uniknya, satu gol penentu rekod Klose ini dijaringkan ketika pasukan Jerman mengalahkan pasukan Brazil dengan jaringan yang amat besar iaitu 7-1 pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014 yang menjadikan Brazil sebagai tuan rumah.

Rekod gol Klose ini boleh saja dileburkan pada Piala Dunia 2018 kali ini. Dipetik oleh BolaSport.com dari Brfootball, junior Klose di skuad Jerman kali ini, Thomas Mueller, berpotensi untuk membuat rekod baru. Mueller yang merupakan top scorer Piala Dunia 2010 sehingga  kini telah menjaringkan 10 gol dari dua pentas Piala Dunia yang diikutinya.

Di bawah Mueller ada bintang pasukan kebangsaan Colombia, Jamez Rodriguez, yang sudah pun menjaringkan enam gol. Kesemua gol James dijaringkan pada Piala Dunia 2014 yang ketika itu dirinya menjadi top scorer edisi tersebut. Seterusnya ada 4 pemain yang telah mencetak 5 gol, iaitu duo pasukan kebangsaan Argentina Lionel Messi dan Gonzalo Higuain, Tim Cahill dari skuad Australia dan Luis Suarez dari skuad Uruguay.

Sumber: Bolasport.com, Brfootball, kompas

Jangan lupa untuk baca juga:(Piala Dunia) 10 Pemain Termahal Yang Beraksi Di Rusia!

Leave a Reply