Sumber Gambar: Twitter @GROVE_STREET2X

Demam Piala Dunia 2018 kini menlanda Dunia. Walau bagaimanapun, semasa majlis pembukaan sebelum perlawanan pertama bermula, Robbie Williams telah menunjukkan jari tengahnya di hadapan kamera ketika tengah menyanyi lagu “Rock DJ” di Stadium Luzhniki.

Majlis pembukaan Piala Dunia telah berlangsung semalam dengan salah satu eksport terbaik Britain, Robbie Williams membuat persembahan bertenaga di hadapan beribu-ribu orang di Stadium Luzhniki. Dia telah mendendangkan beberapa hits terbesar beliau di stadium itu dan persembahan itu  disiarkan di seluruh dunia kepada jutaan peminat bola sepak dan peminat-peminat Robbie Williams.

Walaupun dia mungkin seorang ayah yang baik, beberapa penonton melihat Robbie, 44, melakukan sesuatu yang sama sekali tidak patut dilakukan dihadapan kamera. Beberapa penonton dan orang-orang di stadium yang berjaya menangkap Robbie Williams menunjukkan jari tengahnya di hadapan kamera semasa mendendangkan lagu “Rock DJ”.

Kejadian itu dapat dilihat semasa liputan “FOX US” untuk upacara pembukaan dan ia telah terjadi di penghujung persembahan beliau. Ia tidak ditunjukkan pada liputan ITV yang berakhir selepas persambahan penuh emosinya Angels.

Robbie menyanyikan lagu-lagu hitsnya yang paling terkenal. Bekas bintang Take That ini telah membuka persembahannya dengan versi Let’s Entertain You yang sangat bertenaga.

Seterusnya dia menyanyikan lagu “Feel” dan “Angel” ketika dia berduet di atas pentas dengan penyanyi opera Rusia, Aida Garifullina.

Persembahannya itu ditemui dengan sambutan yang bercampur kerana ada peminat-peminat Piala Dunia yang kelihatan keliru dengan pilihan penganjur untuk memilih popstar Inggeris itu.

Majlis pembukaan itu disusuli dengan perlawanan pertama Piala Dunia antara tuan rumah Rusia menetang Arab Saudi.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: Bola Yang Lagu Bagai Pelesit!

 

Leave a Reply