Sumber Gambar: MFL

Lambaian Liga Super semakin kelihatan bagi pasukan Felda United apabila mereka semakin selesa mendahului Liga dengan perbezaan 11 mata di hadapan Fecra FC. Meskipun mereka sekadar meraih keputusan seri dengan pasukan Johor Darul Ta’zim semalam, namun keputusan tersebut tidak menggugat kedudukan Felda.

Kecemerlangan Felda dalam saingan Liga Perdana musim ini sememangnya sudah dijangka dari awal musim lagi. Barisan pemain serta kualiti yang dimiliki oleh mereka membuatkan Felda dengan mudah menjadi penguasa dalam saingan Liga Perdana.

Barisan serangan Felda memainkan peranan yang sangat penting dalam mengharungi cabaran Liga Perdana musim ini. Dua penyerang import mereka iiaitu Thiago Augusto Fernandez berjaya menjaringkan 12 gol manakala Gilberto Fortunato berjaya menyumbangkan 6 gol dalam Liga.

Setakat ini, Felda hanya tewas sekali lebih tepatnya ketika tunduk 3-0 kepada MISC-Mifa pada Mei lalu. Kejayaan mengekalkan momentum kemenangan dan kegagalan pasukan di bawah mereka untuk berbuat demikian membuatkan tiada siapa yang mampu untuk mencabar Felda di persada Liga.

Berbaki empat perlawanan lagi, dua kemenangan sudah cukup untuk menabalkan Felda selaku juara Liga Perdana musim ini dan kembali ke saingan Liga Super, satu musim selepas mereka disingkirkan kerana kegagalan memperolehi lesen.

Dan untuk memastikan lambaian Liga Super tidak berganjak jauh dari pandangan mereka, penulis berpendapat Felda tidak mempunyai masalah untuk mengutip kemenangan dalam perlawanan Liga yang seterusnya.

Felda akan berdepan UKM FC ada 12 Julai ini disusuli perlawanan menentang Sarawak pada 16 Julai. Sekiranya Felda mengutip mata maksimum dalam kedua-dua perlawanan ini, maka mereka akan mendakap trofi Liga Super lebih awal dan boleh membuat persediaan bagi mengharungi saingan Piala Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan Felda United untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini lebih awal dengan berbaki empat lagi perlawanan Liga ?

Mampukah anak-anak buah B.Sathianathan mengutip mata maksimum pada perlawanan seterusnya sekaligus ditabal sebagai juara Liga Perdana musim 2018 ?

Baca Juga: Siapa Yang Boleh Hentikan Felda United ?

Leave a Reply