Sumber Gambar: FourFourTwo

Pemain sayap Kedah, Akhyar Rashid mahu beraksi di luar negara dan menjadikan penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri sebagai rujukan beliau. Kami berpendapat sudah tiba masanya pemain muda yang lain untuk menampilkan persembahan terbaik mereka agar dapat menarik perhatian kelab dari liga terbaik di Asia Tenggara tersebut.

Setelah cemerlang dalam kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada awal tahun ini di China, pemain muda negara menjadi perhatian beberapa kelab ternama di rantau Asia. Seperti contoh, Akhyar Rashid yang ketika itu diminati oleh Buriram United dan kelab dari Jepun. Selain Akhyar, Safawi Rasid juga diminati oleh kelab dari Korea dan juga Jepun.

Akan tetapi, tiada perkembangan mengenai perkara tersebut sehingga kini. Jadi, apa yang boleh dilakukan ketika ini ialah pemain muda negara perlu menetapkan sasaran tentang bagaimana hendak menembusi liga terbaik di Asia Tenggara iaitu Liga Thailand sepertimana yang berjaya dilakukan oleh Shahrel dan juga Curran Ferns.

Jika pemain muda kita berjaya beraksi dalam saingan Liga Thailand, barulah pemain kita boleh mencongak untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi iaitu beraksi di liga Jepun ataupun Korea.

Bukan hanya seseorang pemain itu yang akan mendapat faedah jika beraksi di luar negara. Pasukan kebangsaan kita berpeluang untuk meningkatkan lagi tahap dan juga mutu permainannya kerana dibarisi oleh pemain ya g beraksi di peringkat bola sepak tertinggi.

Apa yang penting, ketepikan masalah tentang berapa besar bayaran yang bakal diterima sekiranya bermain di luar negara. Letakkang wang ringgit sebagai perkara kedua dan jadikan peningkatan mutu permainan sebagai perkara utama.

Sampai bila kita nak melihat pemain muda berbakat kita diperam dan disimpan dengan beraksi dalam saingan Liga Malaysia? Sudah sampai masanya pemain muda negara berakso di luar negara dan mencipta nama di bumi asing.

Dengan ini, mutu pasukan kebangsaan kita akan maju seiring dengan kualiti pemain itu sendiri.

Baca Juga: Penampilan Pertama Shahrel Fikri Fauzi Bersama Nakhon Ratchasima FC

Leave a Reply