Sumber Gambar: Mstar.com

Sejak Shahrel Fikri dan Curran Ferns berhijrah dengan beraksi di Thailand, ramai peminat yang mahukan pemain muda negara untuk bekerja lebih keras dan mengikuti langkah dua pemain ini. Pemain Kedah, Akhyar Rashid antara yang menunjukkan minat untuk mengikuti Eki. Di sini, kami senaraikan 5 kelab Thai League 1 yang boleh disertai oleh Akhyar.

1. Buriram United

Sumber Gambar: Buriram United

Selepas membantu Malaysia mara ke peringkat suku akhir AFC Bawah 23 di China, Buriram dikhabarkan berminat dengan khidmat Akhyar. Jika Akhyar menyertai juara Thai League 1 musim lalu ini, maka beliau berpeluang untuk tampil dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan.

2. Muanthong United

Sumber Gambar: Muanthong United

Satu lagi kelab Thai League 1 yang berpotensi untuk bermain di pentas terbesar di Asia itu. Akhyar sudah pasti mendapat pendedahan yang lebih tinggi jika beliau beraksi bersama Muanthong.

3. Port FC

Sumber Gambar: Port FC

Port FC berpotensi untuk mara ke peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan jika mereka kekal di tangga ketiga dalam carta Liga. Akhyar dilihat mampu membantu Port FC untuk menjadi pasukan pencabar kejuaraan musim hadapan.

4. Bangkok United

Sumber Gambar: Bangkok United

Satu lagi pasukan yang berpotensi untuk bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. Dengan adanya Akhyar, beliau boleh membantu Bangkok mengharungi cabaran peringkat kelayakkan dan juga menjadi antara pasukan pencabar kejuaraan.

5. Chiangrai United

Sumber Gambar: Chiangrai United

Musim lalu, Chiangrai menamatkan saingan Thai League 1 di tangga keempat. Akan tetapi, musim ini mereka dilihat sedikit bergelut dengan menduduki tangga keenam setakat ini. Jika Akhyar menyertai Chiangrai, beliau dilihat mampu membantu Chiangrai mengembalikan semula kegemilangan pasukan.

Itulah dia 5 pasukan Thai League 1 yang boleh disertai Akhyar sekaligus membantu perkembangan karier beliau. Jika Akhyar berjaya menarik minat pasukan dari Liga Thailand, tidak kiralah pasukan mana pun, beliau tidak perlu berfikir panjang dan terus menerima tawaran tersebut.

Ini kerana tahap persaingan yang lebih tinggi berbanding Liga Malaysia menjadi faktor utama mengapa beliau perlu berhijrah ke Liga Thailand.

Apa pendapat anda mengenai lima pasukan Thai League 1 yang kami senaraikan di atas ? Mampukah mereka membantu perkembangan karier Akhyar Rashid ?

Baca Juga: Tiba Masanya Pemain Muda Negara Turut Serta

Leave a Reply