Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima FC

Ketua jurulatih pasukan Nakhon Ratchasima FC, Milos Joksik menggesa penyerang baru pasukan, Shahrel Fikri Fauzi untuk segera mempelajari dan menyesuaikan diri dengan landskap bola sepak Thailand.

Milos Joksik mempunyai keyakinan bahawa Shahrel Fikri mampu untuk muncul sebagai pemain ternama satu hari nanti. Akan tetapi, ketika ini Shahrel perlu segera menyesuaikan diri dengan corak bola sepak yang diterapkan di Thailand terlebih dahulu.

Mengapa Joksik yakin yang Shahrel mampu untuk menjadi pemain bintang adalah kerana bekas penyerang PKNP FC ini mempunyai kelajuan. Namun, beliau perlu memahami serta membiasakan diri dengan atmosfera bola sepak Thailand terlebih dahulu sebelum sampai ke tahap tersebut.

Shahrel berjaya membuat penampilan pertama untuk Nakhon Ratchasima ketika seri dengan pasukan yang diwakili oleh seorang lagi pemain Malaysia, Curran Ferns iaitu Shukothai FC minggu lalu. Meskipun Shahrel gagal untuk mencipta sebarang jaringan namun beliau berjaya menghadirkan ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Shahrel masih lagi mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Thailand. Maklumlah, sebelum ini Shahrel bermain di Liga yang berada di bawah tahap Liga Thailand. Jadi, beliau perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

Apa yang penting, Shahrel harus menggunakan kata-kata yang dilontarkan Milos Joksik sebagai pembakar semangat untuk beliau beraksi dengan lebih baik lagi pada perlawanan akan datang.

Jika berjaya menyesuaikan diri dengan cepat, tidak mustahil Shahrel akan terus dipilih bagi mengisi barisan serangam Nakhon Ratchasima FC. Apa yang penting ialah Shahrel tidak berputus asa dan menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi latihan dan juga perlawanan.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Shahrel Fikri Fauzi bersama Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1 setakat ini?

Mampukah beliau segera menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak Thailand sekaligus menjadi antara penyerang berbisa dalam saingan Liga terbaik di rantau Asia Tenggara tersebut? Kongsikan pendapat anda bersama kami?

Baca Juga: 5 Pasukan Thai League 1 Yang Boleh Disertai Akhyar Rashid.

Leave a Reply